Ummi perasan yang Shahmey sangat suka tengok cermin. Kalau pakai cap, mesti nak tengok kat cermin. Baru-baru ni, Ummi pakaikan stoking sebab lantai sejuk. Part yang takde carpet tu memanglah sejuk sangat. Kesian Ummi kat Shahmey. Bila Ummi sarungkan stokin, tak menyempat-nyempat Shahmey nak tengok cermin. Siap angkat-angkat kaki lagi tu. Bila Ummi cakap kat Abah, Abah kata, ikut sape lagi kalau bukan Coan! Tapi, Kak Coan tu pandai tengok cermin bila dah besar ni je. Dulu tak lah pun. Shahmey ni kecik-kecik lagi dah pandai bercermin. Then Shahmey akan cakap "Tantekkk..". Hahaha!!!
Bila ambik gambar pun, dah pandai pose. Boleh pulak tu berdiri dan senyum. Tak susah dah nak ambik gambar Shahmey. Bila nampak Ummi pegang camera aje, Shahmey pun akan berdiri tegak. Kalau Ummi kata belakang sikit, Shahmey pun akan undur. Hehehe.. Tapi most of the time, mesti ada enterframe orang lain. Siapa lagi kalau tak Kakak dan Kak Coan tu... Then, bila Ummi dah snap gambar, Ummi akan tunjuk kat Shahmey. Bukan main happy lagi anak Ummi tengok gambar sendiri. Tapi bila Ummi tunjuk gambar (tak kiralah gambar apa pun), Shahmey mesti sebut "Kakak!!!" walaupun gambar tu gambar Shahmey sendiri.. hmmmmm... :))