CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker
Showing posts with label precious moment. Show all posts
Showing posts with label precious moment. Show all posts

Sunday, May 17, 2009

Semoga berkat hidupmu Sayang...


Hari ini genap 2 tahun masehi Shahmey bersama-sama Ummi didunia yang fana ini. Ianya adalah 2 tahun yang memberi erti 'penatnya melayan kenakalan anak lelaki' bagi Ummi. Dulu, Ummi ingat Kakak dan Kak Coan dah cukup aktif. Rupanya Shahmey lebih lagi.

Ditangan Shahmey, camera hadiah birthday Ummi tahun errrr.. Ummi lupa hehee.. rosak! Tapi camera tu masih digunakan dengan susah payah untuk keluarkan lensenya ;). Ditangan Shahmey juga, eyeglasses Ummi yang dah lebih 3 tahun Ummi guna patah. Ya.. patah! Bukan setakat tercabut cermin tapi patah dua. Sabar aje lah... Shahmey juga pioneer mencabut button keyboard laptop Abah. Kalau lah keyboard tu menjerit, mesti diorang kata "sakitnya!!!! asyik kena cungkil ajeeeee!!!" heheh..

Namun, Ummi tetap menyayangi Shahmey sepenuh hati. Tiada kurang sedikit pun. Hari demi hari, banyak benda baru yang membuatkan Ummi dan Abah kagum dengan Shahmey. Salah satunya ialah Shahmey dah mula bercakap seawal umur 1 3/4 tahun. Sekarang, Shahmey dah boleh buat ayat 3 perkataan dengan tersekat-sekat.

Shahmey masih breastfeeding. Ya, ramai yang kata, kesian kat adik Sumeyyah. Ummi pun kesian jugak tapi susah betul nak 'putus' susu ni. Tadi, Ummi letak garam. Ingatkan jadilah taktik tu. Tak jadi jugak. Agaknya sedap pulak rasa masin garam tu ya hehee..

Ummi berdoa kepada Allah agar Shahmey menjadi seorang anak yang soleh buat Ummi dan Abah. Semoga Shahmey akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Ummi dan Abah. Ummi juga doakan Shahmey berjaya didalam hidup didunia dan akhirat. Ameen....









Saturday, April 25, 2009

Put!!


Itulah word terbaru yang Ummi dengar dari mulut Shahmey. Kalau bukan kakak yang selalu sebut cam tu, siapa lagi kan. Tadi, Shahmey nak minum air Ummi. Ummi ni takut lah air tu tumpah, jadi ambik lah gelas tu and pegang. Tapi, Shahmey cakap, put!! put!! sambil tepuk tepuk meja. Amboiiiii... garang dengan Ummi ya. Ummi tak bagi minum air baru tau haaaa!!! hehehee..

Compared to Kakak and Kak Coan, Shahmey lebih banyak bercakap dan lebih cepat bercakap. Sekarang ni, Shahmey dah pandai buat 2 words sentence. Kadang-kadang, 3 words. Contoh 2 words tu "Baju. Abah". Memang ada stop kat tengah-tengah sebab Shahmey bukan terus sebut baju abah. Rasanya, apa saja orang sebut, Shahmey cepat aje tiru. Yang tak bestnya ialah, Ummi ni jarang speak in English kat rumah. Hopefully Shahmey akan belajar dengan Kakak and Kak Coan lah ya.. hehehh..

Lagi satu Ummi nak tau, kenapa Shahmey takut hantu? Ni mesti pengaruh kakak-kakak Shahmey yang memang takut hantu walaupun tak pernah nampak pun hantu. Kalau masuk bilik Ummi, kadang-kadang Shahmey sebut "Antu!!" sambil tunjuk pada air cond kat dinding. Kelmarin, bola Shahmey tergolek bawah dressing table. Then Shahmey pergi dekat Ummi dan mintak, "ball! ball!" Ummi pusing and nampak bola tu ada kat situ. Then Ummi suruh Shahmey pergi ambik. Shahmey cakap, "Antu!". Ummi pun sakat lah lagi. "Haaaa!!! ambik lah antu!!". Then Shahmey pekap muka pada peha Ummi, macam ketakutan lah tu. Then Ummi cakap, "mana ada hantu...". Tak lama lepas tu, Shahmey pun ambik bola tu. No more hantu okay my dear.

All these while, Shahmey was so very nice towards adik Meyyah. Tapi semalam, Shahmey was harsh. Ada ke patut Shahmey pijak perut adik. Kalau tak disebabkan Shahmey ni kecik, mesti teruk kena dengan Abah. Itu pun memang dah kena marah dengan Ummi. Lepas ni, memang Ummi kena careful bila tengok Shahmey dekat dengan Meyyah. Sangatlah bahaya... Tapi, dalam pada tu, Shahmey still lagi kiss adik Meyyah sampai basahlah muka adik dengan air liur Shahmey tu hehee..

Petang semalam, lagi sekali, kita pergi Masjid Road Ferdos Sector. Kali ni Shahmey naik kudang (sebutan kuda bagi Shahmey). No! No! You weren't alone. Abah lah yang kena bawak. Dah kuda tu dibawak oleh orang lain. Hai Abah... tak reti tunggang kuda ke?? huhuuuu... Surprisingly, Shahmey tak nampak excited pun atas kuda tu. Shahmey diam aje. Ummi pun tak tahu kenapa. Nak kata takut, tak jugak. Mungkin Shahmey pelik, kenapalah binatang ni boleh bergerak pulak. Selama ni kuda kat rumah tu duduk statik aje. Paling tidak pun swing je.. agaknya laaaa.... heheheee.. Besides that, seperti biasa Shahmey main all those colorful stuff for kids. Next week tak tahu lah kakak-kakak nak pergi lagi ke tak ke situ. Kita tungguuuuuuu...