CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Tuesday, January 27, 2009

Anak Ummi yang jealous


At first, Ummi ingat Shahmey langsung tak jealous dengan adik Sumeyyah. Mungkin memang tak jealous kot sebab Ummi tengok bila Shahmey dekat dengan adik Sumeyyah, Shahmey takde pulak nak pukul adik. Tapi... opsss!!! ada laaaa... semalam, masa nak naik katil Ummi, Shahmey tendang kepala Sumeyyah. Kenapa tu? Ada masalah ke encik hero? Tak baik tau tendang adik. Nanti Ummi rotan baru tau.




Semalam juga, Shahmey banyak kali breastfeed. Heran juga Ummi. Asal masuk bilik Ummi mesti nak susu. Padahal sebelum ni takde pulak. A day before, Ummi siap offer Shahmey, nak susu? Shahmey kata "nanak!" sambil geleng kepala. Tapi semalam, pantang nampak Ummi mesti tunjuk-tunjuk kat dada Ummi. Masa Ummi breastfeed Sumeyyah, Shahmey nangis-nangis nak susu. Serba salah Ummi dibuatnya. Takkan Ummi nak letak adik yang tak tahu apa langsung tu. At least Shahmey dah boleh makan benda lain and Shahmey memang minum formula milk pun kan.




Tapi, as a mother, Ummi cepat-cepat susukan adik dan letak dia. Suka sangat lah Shahmey bila Ummi ambik Shahmey letak atas riba Ummi. Tak reti nak stop pulak tu. Sabar aje lah.


Semalam kita dapat bibik baru - Samak. Cam tu ke eja nama dia. Pelik jugak kan. Tapi takpelah. Seperti biasa, Shahmey akan buat adegan menangis meraung-raung bila bibik baru nak pegang. Kesian Samak terpaksa melayan kerenah Shahmey. Ummi nak dokong Shahmey memang tak boleh. Kalau Ummi keluar dari bilik, for sure Shahmey mintak Ummi dokong. Dulu masa pregnant boleh Ummi buat. Sekarang tak boleh. Tak pasal-pasal lebih teruk stitches Ummi nanti.




Lama kelamaan Ummi dengar Shahmey dah mula diam. Pandai juga Samak ambik hati Shahmey. Apa tak nya.. Shahmey kena dokong. Itulah kesukaan Shahmey. Kena dokong. Dah lah Shahmey tu makin berat sekarang. Sabar aje lah...


Anyway, walaupun dah ada adik Sumeyyah, Shahmey masih menjadi favorite sebab Shahmey ni satu-satunya hero Ummi dan Abah. Jadi, treatment pun lain sikit. Tapi not for Ummi ya. Jangan harap Ummi nak manjakan sangat Shahmey. No way man.... ;).



Setakat ni Shahmey dah banyak bercakap. Ummi pun tak tercatch up dah. Pendek kata, apa yang orang sebut, Shahmey akan ikut. Cuma Shahmey tak pandai nak buat sentence saja lagi. Hopefully balik Malaysia nanti, Shahmey boleh lah biasa-biasakan diri berborak dengan orang lain sebab Ummi tentunya busy dengan adik Sumeyyah hehehehh...

Friday, January 9, 2009

Tidur dengan kakak



Semalam, for the first time ever, Ummi asingkan Shahmey dari katil Ummi. Shahmey dah kena belajar tidur sendiri - tidur dengan kakak. Lagi seminggu, Insyaallah.. Shahmey nak dapat adik. Jadi, Shahmey tak boleh berkepit lagi dengan Ummi tengah malam. Shahmey kena minum susu botol tengah malam dan tak boleh mengempeng dengan Ummi. Lagipun nanti Ummi kena stay di hospital dan Shahmey memang tak boleh ikut sama.


Masa nak tidur, Ummi terasa satu kehilangan sebab Shahmey takde disebelah. Susah juga nak lelap mata tapi akhirnya lelap juga sebab dah mengantuk sangat. Pagi, cepat betul Ummi bangun. Selalu tu bila dengar Azan Subuh, boleh lagi Ummi manja-manjakan mata. Tapi pagi ni tak pulak. Terus Ummi bangun. Dalam hati Ummi dok tertanya-tanya jugak, apa khabar lah Shahmey di bilik kakak tu. Tapi, Ummi tak dengar pun Shahmey nangis. Jadi, Ummi rasa mungkin Shahmey tak bangun.


Abah jaga untuk solat subuh. Abah sibuk tanya Shahmey tak bangun ke? Tak nangis ke? Beriya-iya Abah suruh Ummi pergi tengok. Risau betul Abah. Dulu, masa Kak Sophea takde pulak Abah risau cam tu. Maklumlah, Shahmey tu anak jantan sulung. Lagipun setakat ni Shahmey tak pernah lagi tidur dengan orang lain selain Ummi. Kak Sophea dulu dah biasa tidur dengan Opah.


Bila Ummi selesai solat dibilik, Ummi keluar ke dapur. Nampak bibik keluar dari toilet. Ummi tanya bibik Shahmey ada bangun tak. Bibik kata Shahmey bangun mintak susu. Lepas menyusu, Shahmey tidur balik. Alhamdulillah. Ini bermakna, Shahmey memang dah bersedia untuk dapat adik :).

Thursday, January 1, 2009

Tuan Inspector diperlukan disini!


Ada lah kisah seorang budak kecik dalam rumah ni yang suka menginvisiblekan barang-barang. Kisahnya bermula pagi tadi. Shahmey main dengan vitamin Ummi yang baru aje Ummi ambil dari Mouwasat Hospital beberapa hari lepas. Ummi belum makan vitamin tu sebab vitamin yang lama banyak lagi. Lagipun, Ummi tak berkenan sangat dengan vitamin yang jenis ni :). Jadi, ianya terlepak sahaja dalam bilik Ummi.


Since vitamin tu tablet dan casingnya macam sweets yang biasa Shahmey makan, Shahmey suka sangat main dengan benda tu. Dulu, Shahmey selalu mintak suruh bukak so that Shahmey boleh makan. Tapi sekarang tak lagi. May be sebab Shahmey tengok kakak-kakak takde sorang pun makan benda tu.



Masa Ummi sibuk blogging (hehehe...), Shahmey tarik tangan Ummi. Ummi tahu dah. Mesti ada benda yang Shahmey nak. Ingatkan Shahmey nak main hp. Bila bagi hp, Shahmey letak and still tarik tangan Ummi. Ummi suruh Kak Sophea layan. Then Shahmey tunduk-tunduk sambil tunjuk bawah closet. Bila Kak Sophea tengok, rupanya casing vitamin Ummi telah di sisip ke bawah closet. Memang le tak boleh nak angkat closet yang berat macam gajah tu. Ummi suruh Kak Sophea guna hanger untuk keluarkan.



Bila Kak Sophea keluarkan, bukan setakat vitamin tu, tapi banyak lagi barang-barang lain, termasuklah sebelah stokin Shahmey yang Ummi baru beli. Heran jugak, baru beli dah lesap sebelah. Disitulah tempatnya. Bukan main excited muka Shahmey tengok orang susah payah mencari barang-barang kat bawah tu... adoi laaaa...



Lagi satu, Ummi nak cerita pasal kisah Shahmey yang suka bodek. Bila aje Shahmey buat Ummi marah, Ummi akan pandang Shahmey. Kalau Ummi diam, Shahmey akan panggil,

"Ommi!!"

Tu nak bodek lah tu supaya tak dimarah. Kalau Ummi dah marah, memang Shahmey akan meraung. Tapi tak lama sebab lepas tu Shahmey akan pekap muka kat badan Ummi. Memang sweet dan Ummi suka sangat buat gitu hehehee... Suka tengok Shahmey nangis dan dapatkan perlindungan semula. Lately mungkin Shahmey dah terer sikit. Bila Shahmey rasa bersalah terhadap apa jua dan bila aje Ummi pandang muka Shahmey, terus aje Shahmey panggil Ummi dan senyum. Takpe takpe.. sekarang boleh lah buat gitu. Dah besar esok, takde can lagi. Shahmey mesti kena marah macam kakak-kakak jugak tau... :).



Sikit update mengenai words baru yang Shahmey dah boleh sebut..

1. Omore / momore = No more (kalau makan/minum dan benda tu habis)

2. Tadak = Tak ada (kalau Shahmey expect sesuatu tu ada tapi takde rupanya)

3. Ommi = Ummi (at last, Shahmey pandai sebut Ummi.. Ummi sukaaaaaa sangat)

4. tuting = Gunting (barang favorite Shahmey - dah pernah gunting baju sendiri. habis lubang2)

5. kedai = Crocodile (pandai sebut bila abah beli crocodile toy di IKEA hari tu)

6. fwesh = Fries (bila potato fries ada depan mata, Shahmey akan mintak. kalau takde, memang tak sebut)

7. Ukak = Bukak (kalau suruh buka something yang bertutup)


Itu saja yang Ummi ingat..