CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Sunday, May 15, 2011

Setahun tak update..


Baru Ummi perasan dah almost 1 year blog Shahmey tak berupdate. Hari ni Ummi nak tulis serba sedikit perkembangan Shahmey selama setahun ni.

Bulan 9 last year, Shahmey start kindergarten di sekolah teacher Khaireyah. Sekolah tu kat rumah aje, ala ala tadika kat malaysia tu la. Kat sini kindergarten ada juga di sekolah yang besar tu. Tapi mahal lah sikit. Company tak cover lagi, so kita pergi sekolah yang tak berapa mahal dulu ya.

A few days of school Shahmey macam tak berapa suka. Ummi faham. First time mix around dengan international friends susah sikit especially language barrier. Alhamdulillah, lepas pada tu Shahmey nampak happy. Selalu look forward nak pergi sekolah. Kadang-kadang time weekend pun Shahmey ingat weekdays. Ummi pun suka je nak menyakat cakap bas tak datang la, Shahmey bangun lambat sangat la dan macam-macam lagi.

After some time, Alhamdulillah, Shahmey could speak a few English words. Shahmey dah kenal number and a few letters. Cikgu Khaireyah selalu cerita pasal Shahmey di sekolah. MasyaAllah.. most of them are good ones. Ada juga cerita yang tak best tapi tak banyak mana pun.

Shahmey dah mula ikut Abah pergi solat di masjid walaupun kadang tu Abah kata, orang sujud, Shahmey baring. Ada masa ikut Abah solat jumaat juga. Alhamdulillah. Ummi tahu, Shahmey tak pandai pun solat lagi. At least dengan selalu ikut Abah, Ummi harap Shahmey tahu ianya satu kewajipan untuk kita. InsyaAllah.

Hari ni Shahmey tak sihat. Dari semalam badan Shahmey panas sikit. Ummi letak air asam jawa. Letak supersitory. Alhamdulillah, kebah demam. Pagi tadi ada panas sikit. Ummi berbelah bagi nak bagi Shahmey ke sekolah atau tak. Ummi pun tak sure whether Ummi should go to school ke tidak. Ummi tanya Shahmey. Shahmey kata nak pergi sekolah. Shahmey pun nampak excited walaupun tak se excited macam biasa.

Ummi baru je start class, teacher Khaireyah telefon. Dia kata badan Shahmey panas sangat-sangat. Ummi mintak dia jaga Shahmey dulu. Biarkan Shahmey rest je. Kalau ada apa-apa, telefon Ummi balik.

Dekat-dekat nak break, teacher telefon lagi. Dia kata Shahmey baru lepas muntah lepas minum air coklat. Ummi cuak! Ummi suruh teacher hantar Shahmey ke sekolah Ummi.

Then Ummi bawak Shahmey ke mouwasat. Doctor kata tonsil Shahmey merah and bengkak. Sebab tu Shahmey demam. Doctor nak bagi ubat untuk tonsil. Ummi kata, Shahmey tak akan makan ubat walaupun sedap macam mana. Then doctor bagi option go for injection. Sekali sehari for 3 hari. Ummi rasa that's better.

Memula, nurse buat skin test. Alhamdulillah, takde alah ubat. Masa tu Shahmey nak nangis sikit tapi control. Then after 1/2 hour, nurse inject ubat tu semua. Shahmey macam nak nangis tapi tak jadi. Tapi lepas tu Shahmey mengadu dengan Ummi yang b*nt*t Shahmey sakit. Ummi kesian dengan Shahmey tapi apakan daya, dah Shahmey tak nak makan ubat.

Balik rumah, Shahmey flat. Lepas membuang, minum susu and makan chips, Shahmey tido. Badan Shahmey letih agaknya... Lagi 2 hari umur Shahmey nak cukup 4 tahun. Demam nak besar lah ni agaknya. Semoga Shahmey akan cepat sembuh dan ceria. Ameen...

Wednesday, May 26, 2010

You make me smile :)


Event 2

(Ummi tengah breastfeed Meyyah)

Ummi, Amey nak susu Ummi!

Tak boleh! Susu untuk Meyyah. Meyyah kecik lagi. Amey dah besar..

Tak! Amey kecik lagi... Meyyah dah besar..

Umur Meyyah 1 year 4 months. Umur Amey 3 years!

Amey 4 months Mi... nak lah susu...

(hehehehe...)



Event 2

(Ummi tengah tidur - baru balik sekolah)

Ummi... buat susu untuk Amey Ummi...

Amey suruh lah bibik.. Ummi pening kepala ni.

Ummi buatkanlah susu untuk Amey. Bibik tu busuk..

Amey, Ummi baru balik sekolah. Ummi pening kepala. Amey tak kesian Ummi ke?

Amey kesian.. tapi buatkanlah susu untuk Amey..

Ummi sakit kepala la Amey. Amey suruh bibik ya. Amey baik kan..

(keluar suruh bibik buat susu dan lepas tu terus baring and tidur sebelah Ummi)

(Bila Ummi dah bangun dan Shahmey dah bangun)

Ummi, buatkan susu Amey..

Okay, nanti Ummi buat ya..

Amey tak pening kepala dah?

(senyum sorang) Tak.. Ummi dah sihat.. :)

(Prihatin juga anak Ummi ni..)



Event 3

(dalam kereta)

Meyyah mana?

Meyyah kat rumah

Amey ni selalu ikut Ummi. Lain kali Ummi dengan Abah keluar bawak Meyyah pulak la. Amey duduk rumah ya.

Hah? Nanti, Ummi Abah keluar, Meyyah ikut, Amey ikut. Okay Ummi... :)

(pandai nya diaaa...)

Thursday, May 20, 2010

Berperangai-perangai

Ucu ni banyak garam! Pelik jugak Ummi, kenapa lah Shahmey kata Ucu banyak garam pulak. Ucu bukannya pengusaha garam, buat ikan masin pun tak. Lama-lama baru lah Ummi faham, Shahmey nak cakap Ucu banyak ragam. Shahmey cakap macam tu sebab orang lain selalu cakap Shahmey macam tu :).


Shahmey memang banyak perangai lately. Makin besar, makin banyak kerenah yang Shahmey buat sampaikan Ummi rasa macam nak cubit-cubit aje Shahmey ni. Tapi Shahmey ni sensitif amat kalau dengan Ummi dan Abah. Kena marah sikit nak menangis, especially kalau Abah yang tegur. Kalau orang lain marah, takde lah pulak.



A few days back, umur Shahmey genap 3 tahun ikut calendar masehi. Pagi-pagi lagi Ummi cakap "Happy Birthday Shahmey!!". Ummi excited sangat. Shahmey tanya, mana? mana? Ummi tahu.. Shahmey ingat bila sebut happy birthday, mesti ada hadiah.. kikikiiiiii... lawak sungguh la..

Ummi balik dari sekolah, bibik beriya-iya minta maaf. Wan pun mulakan cerita yang Shahmey dah bukak hadiah yang Ummi nak bagi pada Hadeed, anak Aunt Norma. Bibik rasa bersalah sebab tak tengok Shahmey. So, Wan macam nak backing bibik sebab takut Ummi marah Bibik. Ummi tahu, niat Wan tu baik tapi sebenarnya Ummi geram jugak dengan Bibik. Dia pergi duduk bawah dan biar je Shahmey kat atas sorang-sorang. Tapi, Ummi tak marah lah Bibik. Dah nak jadi kan. Qada' dan Qadar Allah. Habis 2 bungkus hadiah tu Shahmey bukak. Kotak baju tu pun dibuka dan Shahmey keluarkan baju-baju kat dalam tu and letak baju spiderman Shahmey.


Wan warned Shahmey, "nanti Ummi marah...". Beriya-iya Shahmey bagi tahu,"ini hadiah Shahmey. Ummi yang bagi". Sabor aje anak Ummi ni. Kita sama-sama pergi beli hadiah tu almost 2 weeks back. Shahmey tahu itu bukan hadiah Shahmey dan benda tu dah lama pun duduk kat situ. Alih-alih hari tu, on your birthday, Shahmey buka sebab claim itu hadiah Shahmey. Bila Ummi balik sekolah, Shahmey pergi dekat Wan dan bagi tahu, "Ummi dah balik. Ummi takde pun marah Shahmey.." hahahahha!!!! ye la tu.. Ummi tak tahu cerita lagi, memang lah tak marah. Tapi, dah tahu cerita pun, Ummi senyum aje. Ye la.. Ummi kena lah control macho depan Wan.. hehe :P.


Kalau pijak lantai yang sejuk, Shahmey memang geli. Entah apa yang digelikan pun, Ummi tak tahu. Kat rumah kita, almost semua tempat bercarpet except for dapur and toilet. Mungkin sebab sejuk jadi Shahmey tak suka pijak lantai. Kalau kat rumah sendiri takpelah. Kadang-kadang kat rumah orang Shahmey buat macam tu. Padahal lantai orang tu okay je. Nanti kecik pulak hati tuan rumah, ingat rumah dia kotor. Shahmey... Shahmey...