CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Wednesday, May 27, 2009

Projek mencari chewing gum!


Chewing gum memang lah menjadi favorite Shahmey. Dulu, Ummi takut nak bagi Shahmey chewing gum sebab takut Shahmey telan. Tapi, semenjak Ummi tengok Shahmey buang bila dah rasa tawar, Ummi lega. Mungkin Shahmey heran, kenapalah chewing gum makin tawar dan tak sedap. Tapi, tak habis-habis pulak tu.

Sejak dari tu, Ummi tak kisah untuk bagi chewing gum. Cumanya, tak selalu Ummi beli chewing gum. Kadang-kadang Ummi beli sweets or candy saja. Yang jadi mangsa ialah beg sekolah atau handbag Ummi. Shahmey akan buat 'projek mencari chewing gum'. Pada Shahmey semua benda chewing gum. Candy pun chewing gum. Sweets pun chewing gum. Baru-baru ni saja Ummi ajar Shamey sebut coklat. Nanti Shahmey tahu lah kan nak beza perbezaan masing-masing.

Last week masa Ummi tengah susu adik Chomey, Shahmey masuk bilik dan 'projek' Ummi. Pandai pulak tu belek sana sini untuk cari apa yang Shahmey nak. Oh.. sebelum terlupa, mana ruler Ummi yek? Di kelas semalam, masa Ummi nak guna, puas Ummi cari. Dah kena projek jugak lah tu.. hmmmm..

Kisah projek ni pulak, Ummi teringat untuk snap! snap! Then, Ummi pun capailah camera. Jom kita tengok Shahmey memprojek bag sekolah Ummi.. :)







Sunday, May 17, 2009

Semoga berkat hidupmu Sayang...


Hari ini genap 2 tahun masehi Shahmey bersama-sama Ummi didunia yang fana ini. Ianya adalah 2 tahun yang memberi erti 'penatnya melayan kenakalan anak lelaki' bagi Ummi. Dulu, Ummi ingat Kakak dan Kak Coan dah cukup aktif. Rupanya Shahmey lebih lagi.

Ditangan Shahmey, camera hadiah birthday Ummi tahun errrr.. Ummi lupa hehee.. rosak! Tapi camera tu masih digunakan dengan susah payah untuk keluarkan lensenya ;). Ditangan Shahmey juga, eyeglasses Ummi yang dah lebih 3 tahun Ummi guna patah. Ya.. patah! Bukan setakat tercabut cermin tapi patah dua. Sabar aje lah... Shahmey juga pioneer mencabut button keyboard laptop Abah. Kalau lah keyboard tu menjerit, mesti diorang kata "sakitnya!!!! asyik kena cungkil ajeeeee!!!" heheh..

Namun, Ummi tetap menyayangi Shahmey sepenuh hati. Tiada kurang sedikit pun. Hari demi hari, banyak benda baru yang membuatkan Ummi dan Abah kagum dengan Shahmey. Salah satunya ialah Shahmey dah mula bercakap seawal umur 1 3/4 tahun. Sekarang, Shahmey dah boleh buat ayat 3 perkataan dengan tersekat-sekat.

Shahmey masih breastfeeding. Ya, ramai yang kata, kesian kat adik Sumeyyah. Ummi pun kesian jugak tapi susah betul nak 'putus' susu ni. Tadi, Ummi letak garam. Ingatkan jadilah taktik tu. Tak jadi jugak. Agaknya sedap pulak rasa masin garam tu ya hehee..

Ummi berdoa kepada Allah agar Shahmey menjadi seorang anak yang soleh buat Ummi dan Abah. Semoga Shahmey akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Ummi dan Abah. Ummi juga doakan Shahmey berjaya didalam hidup didunia dan akhirat. Ameen....









Thursday, May 14, 2009

Baju... toilet!



Anak Ummi yang rajin! Bukan nak puji (tapi memang puji pun hehehe..), diusia belum pun 2 tahun, Shahmey sangatlah rajin tolong Ummi. Tapi, bukanlah tolong semua benda tau.

Dalam bilik Ummi, Ummi letakkan kain baju kotor dekat corner of the room. Memang kalau ada kain kotor, situ lah tempatnya. Bila kain baju dah banyak, Ummi angkat kain baju tu, bawak ke toilet untuk dicuci sebab bakul kain nak dicuci ada diluar toilet. Ummi tak perasan sejak bila Shahmey noticed Ummi buat benda ni. Yang Ummi perasan, dah lama Shahmey keep 'hangkut' kain baju kotor tu bawak ke toilet (time rajin laa). Sambil angkat kain baju tu, Shahmey kata,

"Baju.... toilet!"

Ummi pun kata, haa.. ambik bawak semua hehee. Senang kerja Ummi. Kalau Ummi nak mandikan adik Sumeyyah, Ummi mintak Shahmey letak terus baju-baju kotor Sumeyyah ke toilet, Shahmey tak buat pulak. Instead, Shahmey ambik dan letak kat corner of the room tu. Kalau time Shahmey tengah syok main, Shahmey couldn't care less pun nak bawak kain baju tu ke toilet.

Kadang-kadang, time terlebih rajin, baju-baju Sumeyyah yang Shahmey dah sepahkan (keluarkan dari closet) pun Shahmey bawak pergi toilet.. Aduuusshhhh!!!