CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Sunday, May 17, 2009

Semoga berkat hidupmu Sayang...


Hari ini genap 2 tahun masehi Shahmey bersama-sama Ummi didunia yang fana ini. Ianya adalah 2 tahun yang memberi erti 'penatnya melayan kenakalan anak lelaki' bagi Ummi. Dulu, Ummi ingat Kakak dan Kak Coan dah cukup aktif. Rupanya Shahmey lebih lagi.

Ditangan Shahmey, camera hadiah birthday Ummi tahun errrr.. Ummi lupa hehee.. rosak! Tapi camera tu masih digunakan dengan susah payah untuk keluarkan lensenya ;). Ditangan Shahmey juga, eyeglasses Ummi yang dah lebih 3 tahun Ummi guna patah. Ya.. patah! Bukan setakat tercabut cermin tapi patah dua. Sabar aje lah... Shahmey juga pioneer mencabut button keyboard laptop Abah. Kalau lah keyboard tu menjerit, mesti diorang kata "sakitnya!!!! asyik kena cungkil ajeeeee!!!" heheh..

Namun, Ummi tetap menyayangi Shahmey sepenuh hati. Tiada kurang sedikit pun. Hari demi hari, banyak benda baru yang membuatkan Ummi dan Abah kagum dengan Shahmey. Salah satunya ialah Shahmey dah mula bercakap seawal umur 1 3/4 tahun. Sekarang, Shahmey dah boleh buat ayat 3 perkataan dengan tersekat-sekat.

Shahmey masih breastfeeding. Ya, ramai yang kata, kesian kat adik Sumeyyah. Ummi pun kesian jugak tapi susah betul nak 'putus' susu ni. Tadi, Ummi letak garam. Ingatkan jadilah taktik tu. Tak jadi jugak. Agaknya sedap pulak rasa masin garam tu ya hehee..

Ummi berdoa kepada Allah agar Shahmey menjadi seorang anak yang soleh buat Ummi dan Abah. Semoga Shahmey akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Ummi dan Abah. Ummi juga doakan Shahmey berjaya didalam hidup didunia dan akhirat. Ameen....









2 appreciated views:

Abu Shahmey said...

hello testing semoga besar jadi the best of believers (mukmin)
ini bukan abah la

Neeza Shahril said...

hahaha!!!! nak ketawa pecah perut.. siap tulis ini bukan abah tu.. hehehe.. sape lah tu kan shahmey kan.. hehee...