CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Sunday, May 15, 2011

Setahun tak update..


Baru Ummi perasan dah almost 1 year blog Shahmey tak berupdate. Hari ni Ummi nak tulis serba sedikit perkembangan Shahmey selama setahun ni.

Bulan 9 last year, Shahmey start kindergarten di sekolah teacher Khaireyah. Sekolah tu kat rumah aje, ala ala tadika kat malaysia tu la. Kat sini kindergarten ada juga di sekolah yang besar tu. Tapi mahal lah sikit. Company tak cover lagi, so kita pergi sekolah yang tak berapa mahal dulu ya.

A few days of school Shahmey macam tak berapa suka. Ummi faham. First time mix around dengan international friends susah sikit especially language barrier. Alhamdulillah, lepas pada tu Shahmey nampak happy. Selalu look forward nak pergi sekolah. Kadang-kadang time weekend pun Shahmey ingat weekdays. Ummi pun suka je nak menyakat cakap bas tak datang la, Shahmey bangun lambat sangat la dan macam-macam lagi.

After some time, Alhamdulillah, Shahmey could speak a few English words. Shahmey dah kenal number and a few letters. Cikgu Khaireyah selalu cerita pasal Shahmey di sekolah. MasyaAllah.. most of them are good ones. Ada juga cerita yang tak best tapi tak banyak mana pun.

Shahmey dah mula ikut Abah pergi solat di masjid walaupun kadang tu Abah kata, orang sujud, Shahmey baring. Ada masa ikut Abah solat jumaat juga. Alhamdulillah. Ummi tahu, Shahmey tak pandai pun solat lagi. At least dengan selalu ikut Abah, Ummi harap Shahmey tahu ianya satu kewajipan untuk kita. InsyaAllah.

Hari ni Shahmey tak sihat. Dari semalam badan Shahmey panas sikit. Ummi letak air asam jawa. Letak supersitory. Alhamdulillah, kebah demam. Pagi tadi ada panas sikit. Ummi berbelah bagi nak bagi Shahmey ke sekolah atau tak. Ummi pun tak sure whether Ummi should go to school ke tidak. Ummi tanya Shahmey. Shahmey kata nak pergi sekolah. Shahmey pun nampak excited walaupun tak se excited macam biasa.

Ummi baru je start class, teacher Khaireyah telefon. Dia kata badan Shahmey panas sangat-sangat. Ummi mintak dia jaga Shahmey dulu. Biarkan Shahmey rest je. Kalau ada apa-apa, telefon Ummi balik.

Dekat-dekat nak break, teacher telefon lagi. Dia kata Shahmey baru lepas muntah lepas minum air coklat. Ummi cuak! Ummi suruh teacher hantar Shahmey ke sekolah Ummi.

Then Ummi bawak Shahmey ke mouwasat. Doctor kata tonsil Shahmey merah and bengkak. Sebab tu Shahmey demam. Doctor nak bagi ubat untuk tonsil. Ummi kata, Shahmey tak akan makan ubat walaupun sedap macam mana. Then doctor bagi option go for injection. Sekali sehari for 3 hari. Ummi rasa that's better.

Memula, nurse buat skin test. Alhamdulillah, takde alah ubat. Masa tu Shahmey nak nangis sikit tapi control. Then after 1/2 hour, nurse inject ubat tu semua. Shahmey macam nak nangis tapi tak jadi. Tapi lepas tu Shahmey mengadu dengan Ummi yang b*nt*t Shahmey sakit. Ummi kesian dengan Shahmey tapi apakan daya, dah Shahmey tak nak makan ubat.

Balik rumah, Shahmey flat. Lepas membuang, minum susu and makan chips, Shahmey tido. Badan Shahmey letih agaknya... Lagi 2 hari umur Shahmey nak cukup 4 tahun. Demam nak besar lah ni agaknya. Semoga Shahmey akan cepat sembuh dan ceria. Ameen...

1 appreciated views:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)