CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker
Showing posts with label his health. Show all posts
Showing posts with label his health. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

Setahun tak update..


Baru Ummi perasan dah almost 1 year blog Shahmey tak berupdate. Hari ni Ummi nak tulis serba sedikit perkembangan Shahmey selama setahun ni.

Bulan 9 last year, Shahmey start kindergarten di sekolah teacher Khaireyah. Sekolah tu kat rumah aje, ala ala tadika kat malaysia tu la. Kat sini kindergarten ada juga di sekolah yang besar tu. Tapi mahal lah sikit. Company tak cover lagi, so kita pergi sekolah yang tak berapa mahal dulu ya.

A few days of school Shahmey macam tak berapa suka. Ummi faham. First time mix around dengan international friends susah sikit especially language barrier. Alhamdulillah, lepas pada tu Shahmey nampak happy. Selalu look forward nak pergi sekolah. Kadang-kadang time weekend pun Shahmey ingat weekdays. Ummi pun suka je nak menyakat cakap bas tak datang la, Shahmey bangun lambat sangat la dan macam-macam lagi.

After some time, Alhamdulillah, Shahmey could speak a few English words. Shahmey dah kenal number and a few letters. Cikgu Khaireyah selalu cerita pasal Shahmey di sekolah. MasyaAllah.. most of them are good ones. Ada juga cerita yang tak best tapi tak banyak mana pun.

Shahmey dah mula ikut Abah pergi solat di masjid walaupun kadang tu Abah kata, orang sujud, Shahmey baring. Ada masa ikut Abah solat jumaat juga. Alhamdulillah. Ummi tahu, Shahmey tak pandai pun solat lagi. At least dengan selalu ikut Abah, Ummi harap Shahmey tahu ianya satu kewajipan untuk kita. InsyaAllah.

Hari ni Shahmey tak sihat. Dari semalam badan Shahmey panas sikit. Ummi letak air asam jawa. Letak supersitory. Alhamdulillah, kebah demam. Pagi tadi ada panas sikit. Ummi berbelah bagi nak bagi Shahmey ke sekolah atau tak. Ummi pun tak sure whether Ummi should go to school ke tidak. Ummi tanya Shahmey. Shahmey kata nak pergi sekolah. Shahmey pun nampak excited walaupun tak se excited macam biasa.

Ummi baru je start class, teacher Khaireyah telefon. Dia kata badan Shahmey panas sangat-sangat. Ummi mintak dia jaga Shahmey dulu. Biarkan Shahmey rest je. Kalau ada apa-apa, telefon Ummi balik.

Dekat-dekat nak break, teacher telefon lagi. Dia kata Shahmey baru lepas muntah lepas minum air coklat. Ummi cuak! Ummi suruh teacher hantar Shahmey ke sekolah Ummi.

Then Ummi bawak Shahmey ke mouwasat. Doctor kata tonsil Shahmey merah and bengkak. Sebab tu Shahmey demam. Doctor nak bagi ubat untuk tonsil. Ummi kata, Shahmey tak akan makan ubat walaupun sedap macam mana. Then doctor bagi option go for injection. Sekali sehari for 3 hari. Ummi rasa that's better.

Memula, nurse buat skin test. Alhamdulillah, takde alah ubat. Masa tu Shahmey nak nangis sikit tapi control. Then after 1/2 hour, nurse inject ubat tu semua. Shahmey macam nak nangis tapi tak jadi. Tapi lepas tu Shahmey mengadu dengan Ummi yang b*nt*t Shahmey sakit. Ummi kesian dengan Shahmey tapi apakan daya, dah Shahmey tak nak makan ubat.

Balik rumah, Shahmey flat. Lepas membuang, minum susu and makan chips, Shahmey tido. Badan Shahmey letih agaknya... Lagi 2 hari umur Shahmey nak cukup 4 tahun. Demam nak besar lah ni agaknya. Semoga Shahmey akan cepat sembuh dan ceria. Ameen...

Wednesday, September 17, 2008

Shahmey dah sihat :)



Setiap ibu pasti selalu perlu berfikiran positif. Itulah yang Ummu Shahmey nak. Nak kan Shahmey sihat. Kalau Shahmey tak sihat, Ummi risau. Ummi risau sebab tak faham apa yang Shahmey nak. Shahmey mungkin tak selesa. Shahmey mungkin tersumbat hidung dan Ummi tak tahu sebab Ummi tak rasa. Kalau Shahmey sihat dan ceria, Ummi pun tenang dan gembira.


Minggu lepas, Shahmey selsema dan ada batuk-batuk sikit. Ummi bagi ubat yang ada dalam fridge - utk demam, cough dan flu. Selalunya Shahmey cepat sihat. Tapi kali ni tak. Batuk Shahmey bunyi lain macam. Banyak phlegm kat dada Shahmey. Ini buatkan Ummi risau. Walaupun Shahmey tak demam, phlegm tu bukanlah something yang menceriakan Ummi.


Ummi ajak Abah pergi jumpa doktor. Malam, lepas Isyak, kita pergi ke Al Lulu. Saja Ummi nak try clinic ni. Kita tak pernah pergi sebelum ni. Sempat sesat lah jugak. Maklumlah first time sampai. Sampai klinik, Abah bawak Shahmey jumpa paedetrician. Ummi pergi klinik untuk Ummi lah.. heheh.. gynae! Kakak ikut Ummi. Kak Coan ikut Abah.


Doctor kata, Shahmey kena bronchotic asthma. Samalah dengan penumonia bronchitis tu. Maknanya, sorang lagi anak Ummi dapat penyakit yang sama. Kakak dan Kak Coan memang pernah warded masa kecik-kecik dulu. Kat Malaysia, bila pergi KMC tu, cepat aje doctor nak warded orang hehe... sebab nak bagi cukup dose nebulizer. Kat sini tak pulak.


Shahmey kena ambik 3 kali nebulizer dose dalam masa 3 hari. Sehari sekali. Maknanya Abah dan Ummi kena bawak Shahmey lagi 2 hari lah ke Al Lulu ni. Abah kata, masa first dose tu, Shahmey meraung-raung. Hehee.. kakak-kakak awak dulu pun macam tu jugak. Siap kena balut dengan selimut lagi mereka tu hehe.. Dose kedua, Abah kata Shahmey tak nangis. Masa dose kedua, Ummi pergi jumpa doctor ENT pulak sebab Ummi pun tak sihat - selsema yang agak kronik. Walaupun tak nangis, Shahmey meronta-ronata mintak lepas. Memang lah. Ummi tahu mana lah selesa ada benda terpekup kat muka kan.


Dose ketiga ialah semalam. Ummi join sekali tengok. Memula tu Shahmey cool aje. Sangat bekerjasama. Tapi, dekat-dekat ubat nak habis tu, Shahmey mula dah meronta mintak lepas. Kesian Shahmey. Tapi untuk kebaikan Shahmey jugak. Sempat lagi Ummi ambik gambar Shahmey. Kalau Shahmey dah bijak nanti, boleh lah tengok balik gambar-gambar ni :).


Ummi harap Shahmey akan terus sembuh ya sayang...