CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Sunday, November 30, 2008

After a year, six month and plus plus..



Many updates on him sampai Ummi pun tak sempat nak jot down. Hopefully Ummi doesn't forget to record every progress of yours my dear. I know you may wanna to view it when you get older.


Perhaps, you are curious about what you are able to perform by now. Let me list them down dear..


  1. Hold a glass by yourself

    Sudah semestinya Ummi hanya akan bagi cawan plastik untuk hero Ummi ni. Tak berani nak bagi gelas kaca. Bukan Ummi tak percaya tapi... memang Ummi tak percaya pun hehee.. So far, memang tak pernah lah Shahmey baling cawan tu tapi manalah tahu kan.. precautions is always better than cure you know! Selalu tu, Ummi akan pegang kan dulu tapi Shahmey.. biasalah, memang tak suka Ummi pegang. Nak juga pegang sendiri melainkan masa tu Ummi tengah dokong Shahmey. Then, its okay for Ummi to hold the cup for you.


  2. You can understand people's words (your parents and kakak-kakak)

    Shahmey tahu bila saja Ummi atau Abah cakap mengenai Shahmey. Selalunya, bila Ummi bagi arahan pada kakak untuk ambil something for you, Shahmey akan buat muka eager dan menunggu barang tu. Barang tu biasanya ball, cap, ataupun your books la. Walaupun tak reti membaca, Shahmey memang suka buku. Bagus hobi yang ni tapi tak bagus bila Shamey koyakkan kulit buku tu.. Grrrrr!!! Shahmey pun tahu bila Ummi cakap pada Abah yang Shahmey nak susu. Mesti Shahmey akan duduk nak buat muka menunggu cam tu :).

    Kadang-kadang Ummi mintak Shahmey ambilkan something. Shahmey sudah semestinya akan pergi kalau Shahmey tahu dimana tempatnya. Otherwise, Shahmey mungkin akan heret kakak, Ummi ataupun Abah untuk pergi ambil.


  3. Suka menari bila dengar lagu

    Yang ni Ummi tak boleh nak salahkan orang lain. Kakak-kakak yang selalu buat macam tu. Jadi, sebagai adik, Shahmey pun mengikut saja. Bila dengar aje muzik, kepala Shahmey pun bergoyang-goyanglah. Kalau masa tu Shahmey berdiri, akan berpusing-pusing lah hero Ummi ni :).


  4. Main remote

    Ini satu lagi favorite Shahmey. Bila nampak remote, Shahmey akan tekan button sebab Shahmey suka tengok orang marah Shahmey bila channel bertukar. Selalunya Shahmey suka sangat main remote tv. Bila tekan saja, takde channel langsung. Shahmey akan happy sakan. Sabar aje la...


  5. Kiss and salam

    Bila disuruh kiss, Shahmey akan kiss dengan buka mulut. Ummi okay aje tapi Abah.. hehee.. memang Abah akan lap muka dia sebab geli dengan saliva Shahmey tu ;). Bila suruh salam pun Shahmey pandai salam dan cium tangan lagi tu. Cuma yang tak tahan, bersekali dengan saliva la.. ;).


  6. Merajuk bila kena marah

    Ummi paling suka yang ni sebab Ummi kan suka menyakat dan tengok muka jebek anak Ummi ni. Setiap kali Ummi marah, Shahmey mesti buat muka sedih. Kadang-kadang mencebik. Kalau Ummi marah dan masa tu Abah ada dekat, Shahmey akan pergi peluk Abah. Tapi, kalau Abah takde disitu, Shahmey tunggu dulu sekejap dan akan pekapkan badan dan muka pada Ummi. How lovely! Kalau Ummi pukul sikit, Shahmey akan meraung dan peluk Abah atau Ummi. Kesian anak Ummi tapi Ummi suka hehee.. Perangai Shahmey yang ni memang sebijik ikut Kakak Coan!


  7. Very observant

    Shahmey cepat belajar sesuatu yang baik ataupun buruk. Bila Shahmey tengok Abah atau Ummi atau Kakak buat something yang Shahmey tak pernah buat, Shahmey akan observe. Lepas tu, Shahmey pun buat sama. Dulu, Shahmey tak pandai buka zip beg. Sekarang dah pandai. Beg toiletries tu Ummi dah tak boleh zip lagi sebab kalau zip pun, Shahmey dengan selambanya buka. Habis Shahmey keluarkan segala harta karun dalam tu...


  8. Kenal ring tone

    Yang ni Ummi tak berapa pasti tapi bila Ummi dengarkan Shahmey dengan ring tone di handphone, ada ring tone yang membuatkan Shahmey letakkan handphone ke telinga Shahmey. Selalunya ring tone Abah lah.


  9. Panjat dan turun

    Kalau nak ambil sesuatu, Shahmey memang dah terer untuk memikirkan cara mengambilnya - samada guna kerusi ataupun apa-apa yang boleh dipanjat. Nak turun pun macam tu. Kalau nak turun katil dan Ummi ada atas katil, Shahmey akan merengek sambil pegang tangan Ummi dan guna tangan Ummi jadi tali untuk turun. Ewah!! bijak sungguh dia ya...


  10. Kenal food yang Shahmey suka dan tak suka

    Nak bagi makan pada Shahmey memang susah sikit sebab Shahmey tak akan makan food yang tak biasa Shahmey makan. Kalau potato fries memang takde masalah sebab Shahmey memang suka. Kalau chips pun okay. Tapi, kalau benda lain, Shahmey biasanya akan rasa sikit dengan lidah. Kalau sedap atau memenuhi citarasa, Shahmey makan. Kalau tidak, Shahmey akan buang. Ubat pun macam tu. Ada ubat yang Shahmey suka dan ada yang tak. Kalau Ummi paksa makan ubat tu, tunggulah Shahmey akan sembur balik ubat tu. Aduiii...


  11. Tahu tempat tidur sendiri

    Tempat tidur Shahmey ialah disebelah kiri katil. Ummi dah letak comforter lain untuk alas dan bantal kecil. Bila naik katil, Shahmey akan terus ke tempat Shahmey. Memang tak akan Shahmey tidur tempat Ummi atau Abah. Yang ni Ummi rasa kesian sikit sebab tak lama lagi mungkin adik Shahmey pula akan ambil tempat tu. Manalah anak Ummi nak tidur pulak kan. Dengan kakak kakak lah kot. Kesian dia...


  12. Tahu apa yang akan buat orang marah

    Kalau Shahmey nak buat something yang Shahmey rasa orang tak suka, Shahmey akan berdiri dan senyum pada sesiapa yang ada disitu. Contohnya, kalau Shahmey nak ambil camera dan Shahmey memang tahu sangat Ummi atau Abah tak akan bagi Shahmey main camera. Shahmey akan senyum dan berdiri dulu. Bila Shahmey tengok Ummi jerit, Shahmey mesti jerit dan ketawa. Kiranya, dah berjaya kenakan Ummi la tu. Takpe.. ada ubi ada batas tau.. :)


Rasanya itu sahaja yang dapat Ummi ingat setakat ni. Kalau ada lagi, lain kali Ummi letak di entry lain pulak. By the way, setakat hari ni, dah banyak words yang Shahmey sebut.. Selain dari words yang Ummi pernah tulis sebelum ni, Shahmey juga pandai sebut:



  1. Kkak - Bukak

  2. Mmi - Ummi (dulu tak selalu. Sekarang dah kerap)

  3. Book - Book la.. :)

  4. Ball - ball (Shahmey ada ball baru dan murah yang Abah beli ;))

  5. Kal - basikal (Shahmey ada basikal baru. Abah beli dalam 3 minggu yang lepas. Sayangnya kaki tak sampai. Kena tunggu ada driver baru Shahmey bergerak :))


Words lain seperti di entry-entry sebelum ni lah. Tak larat Ummi nak tulis semua. Kita lihat aksi-aksi Shahmey yang baru :)






2 appreciated views:

Zahraa George said...

wah,shahmey ada tricycle lorrrrrr......
meh la kayuh rumah auntie as nihhhhhhhhhhhh....

Neeza Shahril said...

As,

kaki tak sampai.. kena ada driver baru boleh jalan hehee..