CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Sunday, August 2, 2009

Duyan!



Kalau Ummi duduk depan computer dan kebetulan ada gambar interesting (dimata Shahmey), Shahmey terus akan duduk atas Ummi. Lepas tu paksa Ummi biar gambar tu lama-lama. Jadi, untuk divert attention Shahmey, Ummi akan cari gambar lain yang mungkin lebih interesting.

Ummi tahu Shahmey suka tengok gambar family. So, Ummi buka blog Ummi yang ada banyak gambar family kita.

(Ummi scroll gambar yang ada muka Kakak Sophea)

"Kakak!"

(gambar Abah, Shahmey dan Ayah Su)

"AySu!"

(gambar Shahmey dengan Pak Lang)

"PaLang!"

(gambar Ummi, Meyyah, Kakak dan Ayah Su)

"Ummi!"

(gambar Ayah Su, SHahmey dan Kakak Sophea)

"AySu!"

(gambar kawan Ayah Su - dari sekolah PDK)

Shahmey diam.. tapi tak lama lepas tu Shahmey sebut apa entah.

Then Ummi scroll gambar Abah pegang durian. Muka Abah tak clear sangat kat situ sebab yang banyaknya gambar durian.

"Duyan!"

hahahaa!!! Ummi ingat Shahmey tak tahu buah berduri tu nama durian. Tahu rupanya... Bila lah kita dapat makan durian lagi kan?? huhuuuuu...

Monday, July 27, 2009

Kongsi dengan adik


Sekarang Shahmey jarang sangat minum formula milk. Ummi tahu the reason why. Since balik Malaysia, Shahmey tidur dengan Ummi. Di Saudi, Shahmey tidur dalam bilik Kakak. Bila dengan Ummi, Shahmey dapat bau Ummi. Nak mintak susu senang. So, tak nak lagi formula milk. Rasanya tak sampai 10 kali kot Shahmey minum formula milk di Malaysia.

Balik Saudi baru ni, baru sekali aje minum. Itu pun tak habis. Dah hampir seminggu Shahmey tak nak susu botol. Bila Ummi tanya, "susu botol nak?", Shahmey jawab "tanak!!!" sambil wave your hand. Beriya-iya Shahmey cakap tak nak. Okaylah. Mungkin susu Ummi masih menjadi rezeki Shahmey. Takpelah kan.

Alhamdulillah, since adik Meyyah dah start makan porridge, takdelah adik kekurangan susu. Selalu terjadi, Meyyah minum susu kiri, Shahmey belah kanan. Of course itu hanya terjadi di bilik Ummi atau di bilik yang takde orang. Malu lah Ummi kalau benda tu terjadi di public hehehh..

Shahmey sekarang dah utter banyak words. Almost every word yang Shahmey dengar, Shahmey ikut. Cuma, the momentum tu tak lah laju sangat. Shahmey sebut sebijik sebijik. Takpelah tu. Something surprised Ummi this morning was, bila Ummi tanya Shahmey, "Abah mana?", Shahmey jawab, "Kerja... emaman!". Ummi cakap, "kerja Kemaman tu Atok lah, bukan Abah!". Rupanya Shahmey ingat the word Kemaman tu ya. Balik baru ni memang Shahmey selalu tanya "Atok mana?", sampai penat Ummi nak cakap yang Atok ada di Kemaman.

Sekarang since Ummi breastfeed 2 kids, Ummi agak busy dan letih. Sekarang ni Ummi berehat sebab both Shahmey and adik Meyyah are sleeping. You guys are so adorable, my darling :).





Sunday, June 14, 2009

Kita serupa?



Shahmey duduk atas riba Ummi in front of the lappy. Ummi buka photoscape - folder Ummi. Ummi open gambar Ummi.

"hah!! Ummi!!!"

Ummi smile. Boleh recognize tu walaupun Ummi rasa pada gambar tu muka Ummi lain sikit dari sekarang. Then Ummi flash gambar Ummi masa umur setahun dan berada dalam dokongan Opah.

"ni tape? haaa.. Ami! (Shahmey)" (sambil tunjuk kat monitor lappy)

Ummi senyum lebih lebar kali ni. Hehehee.. sama ke muka kita nak?


Kelmarin masa duduk sorang-sorang, Ummi terfikir yang Ummi dah banyak tak ingat precious moments Kakak dan Kak Coan semasa umur mereka sebaya Shahmey, especially the baby words yang diorang pernah sebut. Sekarang, Shahmey masih lagi considered baby. Ummi nak tulis all the baby words yang Shahmey sebut sekarang yang nampak sangat cute di telinga Ummi..

Ta-pe -> Siapa
olat -> Solat
mayang -> Sembahyang
O-pi-ya -> Sophea
O-ba-an -> Sobhan
mey-ya -> Sumeyyah
kolah -> Sekolah
kool -> School

tu aje dulu.. ummi lupa dan nak take a nap kejap.. nanti Ummi sambung lagi.. :)