CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Saturday, February 14, 2009

Gambar Shahmey untuk keluarga di Malaysia


Salam Ibu, Daddy, kak Ainaa dan Abang Qawiem... yang lain-lain rasanya tak baca blog Shahmey. Kalau baca, tolong bagi tahu ya. Nanti Ummi tambah nama kat situ hehehehh..


Hari ni Ummi Shahmey rajin nak menepek gambar-gambar candid Shahmey di blog ni. Satu pun takde yang ready. Memang susah sikit kalau nak ambik gambar Shahmey waktu tengah sibuk main. Kalau menjadi tu, kebetulan lah maknanya. Kalau dalam rumah, senang sikit nak ambil. Memang Shahmey akan pose dan bagi senyuman mesra gitu :).


Gambar-gambar ni Ummi snap semasa gathering KRMJ pada 5 Feb 2009 yang lepas. Shahmey suka sangat gathering tu sebab Shahmey dapat main dengan bebas. Memang ada bibik jaga tapi bibik tu selalu leka sebab dia suka makan. Di masa yang lain bibik suka perhatikan orang-orang sekeliling. Itu Ummi lah yang perasan sebab Ummi suka perhatikan tingkah laku bibik R0s tu hehee..


Lagipun, Shahmey tak suka sangat dengan bibik tu. Dia tu kasar dan tak kids friendly langsung. Shahmey selalu jerit "nanak!!!!" kalau bibik nak ambik Shahmey. Nak tahu tak, hari tu masa bibik R0s nak ambik Shahmey, Shahmey gigit tangan dia hehee.. Tapi kan lepas tu mulut Shahmey berdarah. Tak tahu lah kenapa. Ummi kata, mungkin bibik tu sentap tangan dia kat mulut Shahmey. Kesian Shahmey kan. Kalaulah Shahmey pandai bercakap, Shahmey bagi tahu Ummi apa yang bibik tu buat...


Banyak pulak cerita bibik. Okaylah, jom lah layan gambar-gambar Shahmey ya :).







0 appreciated views: