CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Friday, February 13, 2009

Selamat sudah aqiqah Shahmey



Alhamdulillah, setelah berumur dekat 2 tahun barulah aqiqah Shahmey dapat dilaksanakan. Bukan Abah dan Ummi sengaja lambatkan tapi kerana faktor masa. Masa Shahmey lahir, Abah sibuk dengan proses untuk ke Saudi. Lepas tu Ummi tinggal sorang di Malaysia. Sibuk pula dengan urusan untuk ke Saudi mengikut Abah. Bila dah sampai Saudi, delay lagi.


Akhirnya terjadi jua aqiqah untuk Shahmey pada 5 Feb 2009 yang lepas. Ianya dibuat bersekali dengan aqiqah adik Sumeyyah. Abah beli kambing dan hantar ke Baitul Arbi Mat'am untuk dimasak Laham Mandhi. Ianya dijamu semasa gathering rakyat Malaysia di Jubail pada 5 Feb tu. Shahmey pun merasa sama. Tapi sikit sajalah sebab Shahmey bukan makan sangat nasi masa tu.


Abah siap tanda kambing untuk Shahmey. Tengok tu. Comel tak kambing tu? hehee.. comel kan. Bersih aje bulu dia. Tapi dia dah selamat berada disyurga pun sayang.



Sekarang Shahmey dah jadi big boy. Suka mengajuk orang cakap. Apa yang keluar dari mulut Ummi atau Abah, cepat aje Shahmey ikut. Bahaya sekarang ni kalau nak cakap sebab Shahmey bukan faham apa yang Shahmey cakap pun. Baru-baru ni Ummi snap gambar Shahmey tengah tidur dekat dengan adik Sumeyyah. Nampak besar dan panjang pulak anak Ummi ni. Dulu, sebelum adik Sumeyyah lahir, nampak kecil aje Shahmey. Walau bagaimanapun, Shahmey masih dimanjakan sebab kecil lagi. Lagipun, buat masa ni, Shahmey lah sorang hero Abah :).


Yang Ummi tak tahan ialah Shahmey makin seronok breastfeeding dengan Ummi. Maklumlah susu banyak lepas adik Sumeyyah lahir. Kalau Shahmey ada dalam bilik and kebetulan Ummi sedang breastfeed adik Sumeyyah, Shahmey mesti merengek nak susu sama. Kalau adik tidur Ummi tak kisah sangat. Lagipun, Ummi kesian juga dengan Shahmey sebab Shahmey belum pun masuk 2 tahun. Masih layak untuk menyusu. Disamping itu, dapat juga Ummi manja-manjakan anak Ummi ni. Semenjak adik lahir, Ummi dah jarang dapat belai-belai Shahmey. Dengan breastfeeding, dapat lah Ummi curi masa untuk lebih rapat dengan hero Ummi ni.

2 appreciated views:

Shima said...

handsomenya anak ibu ni...dh mcm muka pak lang..
emm..shahmey suka menggigit ye skrg.rasakan bibik tu kena gigit dgn shahmey.itu la balasan sbb tak nak jaga shahmey betul2 kannn..

lamanya nak tunngu shahmey balik sini..kak ainaa dah rinduuuu sangat kat shahmey tau..

Neeza Shahril said...

aik ibu.. takkan tidur pun macam muka pak lang kot heheee..
padan muka bibik tu kan ibu.. shahmey gigit dia sebab dia tak pandai jaga shahmey.. kalau ibu, shahmey gigit laaagiii kuat hahaha!!!