CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Saturday, February 28, 2009

Haaaa....!!







Ummi orang yang sangat excited bila Shahmey mula keluarkan words baru. Semalam, Ummi tegur Shahmey sebab pijak tupperware ice-cream. Memanglah tak mahal tapi sayangkan tupperware tu. Boleh digunakan untuk isi food especially untuk bawak keluar. Tapi Shahmey still pijak tupperware tu sampai lah kemek. Bila Shahmey tengok tupperware tu kemek, Ummi cakap lah,

"haaaaa.. kan dah kemek..."

Then, Shahmey tengok tupperware tu and sambung,

"Uu Uu.. tak taooo.."

comel sangat bunyinya. Banyak kali pulak tu Shahmey sebut. Bila Ummi suruh sebut depan Abah pun, Abah suka dengar. Abah kata, best pulak bila Shahmey sebut. Memang lah best. Then Ummi kata, cuba Abah yang sebut. Tak best langsung bunyinya hehehhh...


Dah banyak words yang Shahmey boleh sebut. Mungkin lebih kepada imitation lah Ummi rasa. Shahmey akan sebut words yang orang lain sebut. Hopefully Shahmey imitate words yang makna elok sajalah ya. Yang tak elok tu, tak pandai sebut pun takpelah kot :).






Saturday, February 14, 2009

Gambar Shahmey untuk keluarga di Malaysia


Salam Ibu, Daddy, kak Ainaa dan Abang Qawiem... yang lain-lain rasanya tak baca blog Shahmey. Kalau baca, tolong bagi tahu ya. Nanti Ummi tambah nama kat situ hehehehh..


Hari ni Ummi Shahmey rajin nak menepek gambar-gambar candid Shahmey di blog ni. Satu pun takde yang ready. Memang susah sikit kalau nak ambik gambar Shahmey waktu tengah sibuk main. Kalau menjadi tu, kebetulan lah maknanya. Kalau dalam rumah, senang sikit nak ambil. Memang Shahmey akan pose dan bagi senyuman mesra gitu :).


Gambar-gambar ni Ummi snap semasa gathering KRMJ pada 5 Feb 2009 yang lepas. Shahmey suka sangat gathering tu sebab Shahmey dapat main dengan bebas. Memang ada bibik jaga tapi bibik tu selalu leka sebab dia suka makan. Di masa yang lain bibik suka perhatikan orang-orang sekeliling. Itu Ummi lah yang perasan sebab Ummi suka perhatikan tingkah laku bibik R0s tu hehee..


Lagipun, Shahmey tak suka sangat dengan bibik tu. Dia tu kasar dan tak kids friendly langsung. Shahmey selalu jerit "nanak!!!!" kalau bibik nak ambik Shahmey. Nak tahu tak, hari tu masa bibik R0s nak ambik Shahmey, Shahmey gigit tangan dia hehee.. Tapi kan lepas tu mulut Shahmey berdarah. Tak tahu lah kenapa. Ummi kata, mungkin bibik tu sentap tangan dia kat mulut Shahmey. Kesian Shahmey kan. Kalaulah Shahmey pandai bercakap, Shahmey bagi tahu Ummi apa yang bibik tu buat...


Banyak pulak cerita bibik. Okaylah, jom lah layan gambar-gambar Shahmey ya :).







Friday, February 13, 2009

Selamat sudah aqiqah Shahmey



Alhamdulillah, setelah berumur dekat 2 tahun barulah aqiqah Shahmey dapat dilaksanakan. Bukan Abah dan Ummi sengaja lambatkan tapi kerana faktor masa. Masa Shahmey lahir, Abah sibuk dengan proses untuk ke Saudi. Lepas tu Ummi tinggal sorang di Malaysia. Sibuk pula dengan urusan untuk ke Saudi mengikut Abah. Bila dah sampai Saudi, delay lagi.


Akhirnya terjadi jua aqiqah untuk Shahmey pada 5 Feb 2009 yang lepas. Ianya dibuat bersekali dengan aqiqah adik Sumeyyah. Abah beli kambing dan hantar ke Baitul Arbi Mat'am untuk dimasak Laham Mandhi. Ianya dijamu semasa gathering rakyat Malaysia di Jubail pada 5 Feb tu. Shahmey pun merasa sama. Tapi sikit sajalah sebab Shahmey bukan makan sangat nasi masa tu.


Abah siap tanda kambing untuk Shahmey. Tengok tu. Comel tak kambing tu? hehee.. comel kan. Bersih aje bulu dia. Tapi dia dah selamat berada disyurga pun sayang.



Sekarang Shahmey dah jadi big boy. Suka mengajuk orang cakap. Apa yang keluar dari mulut Ummi atau Abah, cepat aje Shahmey ikut. Bahaya sekarang ni kalau nak cakap sebab Shahmey bukan faham apa yang Shahmey cakap pun. Baru-baru ni Ummi snap gambar Shahmey tengah tidur dekat dengan adik Sumeyyah. Nampak besar dan panjang pulak anak Ummi ni. Dulu, sebelum adik Sumeyyah lahir, nampak kecil aje Shahmey. Walau bagaimanapun, Shahmey masih dimanjakan sebab kecil lagi. Lagipun, buat masa ni, Shahmey lah sorang hero Abah :).


Yang Ummi tak tahan ialah Shahmey makin seronok breastfeeding dengan Ummi. Maklumlah susu banyak lepas adik Sumeyyah lahir. Kalau Shahmey ada dalam bilik and kebetulan Ummi sedang breastfeed adik Sumeyyah, Shahmey mesti merengek nak susu sama. Kalau adik tidur Ummi tak kisah sangat. Lagipun, Ummi kesian juga dengan Shahmey sebab Shahmey belum pun masuk 2 tahun. Masih layak untuk menyusu. Disamping itu, dapat juga Ummi manja-manjakan anak Ummi ni. Semenjak adik lahir, Ummi dah jarang dapat belai-belai Shahmey. Dengan breastfeeding, dapat lah Ummi curi masa untuk lebih rapat dengan hero Ummi ni.