CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Sunday, May 15, 2011

Setahun tak update..


Baru Ummi perasan dah almost 1 year blog Shahmey tak berupdate. Hari ni Ummi nak tulis serba sedikit perkembangan Shahmey selama setahun ni.

Bulan 9 last year, Shahmey start kindergarten di sekolah teacher Khaireyah. Sekolah tu kat rumah aje, ala ala tadika kat malaysia tu la. Kat sini kindergarten ada juga di sekolah yang besar tu. Tapi mahal lah sikit. Company tak cover lagi, so kita pergi sekolah yang tak berapa mahal dulu ya.

A few days of school Shahmey macam tak berapa suka. Ummi faham. First time mix around dengan international friends susah sikit especially language barrier. Alhamdulillah, lepas pada tu Shahmey nampak happy. Selalu look forward nak pergi sekolah. Kadang-kadang time weekend pun Shahmey ingat weekdays. Ummi pun suka je nak menyakat cakap bas tak datang la, Shahmey bangun lambat sangat la dan macam-macam lagi.

After some time, Alhamdulillah, Shahmey could speak a few English words. Shahmey dah kenal number and a few letters. Cikgu Khaireyah selalu cerita pasal Shahmey di sekolah. MasyaAllah.. most of them are good ones. Ada juga cerita yang tak best tapi tak banyak mana pun.

Shahmey dah mula ikut Abah pergi solat di masjid walaupun kadang tu Abah kata, orang sujud, Shahmey baring. Ada masa ikut Abah solat jumaat juga. Alhamdulillah. Ummi tahu, Shahmey tak pandai pun solat lagi. At least dengan selalu ikut Abah, Ummi harap Shahmey tahu ianya satu kewajipan untuk kita. InsyaAllah.

Hari ni Shahmey tak sihat. Dari semalam badan Shahmey panas sikit. Ummi letak air asam jawa. Letak supersitory. Alhamdulillah, kebah demam. Pagi tadi ada panas sikit. Ummi berbelah bagi nak bagi Shahmey ke sekolah atau tak. Ummi pun tak sure whether Ummi should go to school ke tidak. Ummi tanya Shahmey. Shahmey kata nak pergi sekolah. Shahmey pun nampak excited walaupun tak se excited macam biasa.

Ummi baru je start class, teacher Khaireyah telefon. Dia kata badan Shahmey panas sangat-sangat. Ummi mintak dia jaga Shahmey dulu. Biarkan Shahmey rest je. Kalau ada apa-apa, telefon Ummi balik.

Dekat-dekat nak break, teacher telefon lagi. Dia kata Shahmey baru lepas muntah lepas minum air coklat. Ummi cuak! Ummi suruh teacher hantar Shahmey ke sekolah Ummi.

Then Ummi bawak Shahmey ke mouwasat. Doctor kata tonsil Shahmey merah and bengkak. Sebab tu Shahmey demam. Doctor nak bagi ubat untuk tonsil. Ummi kata, Shahmey tak akan makan ubat walaupun sedap macam mana. Then doctor bagi option go for injection. Sekali sehari for 3 hari. Ummi rasa that's better.

Memula, nurse buat skin test. Alhamdulillah, takde alah ubat. Masa tu Shahmey nak nangis sikit tapi control. Then after 1/2 hour, nurse inject ubat tu semua. Shahmey macam nak nangis tapi tak jadi. Tapi lepas tu Shahmey mengadu dengan Ummi yang b*nt*t Shahmey sakit. Ummi kesian dengan Shahmey tapi apakan daya, dah Shahmey tak nak makan ubat.

Balik rumah, Shahmey flat. Lepas membuang, minum susu and makan chips, Shahmey tido. Badan Shahmey letih agaknya... Lagi 2 hari umur Shahmey nak cukup 4 tahun. Demam nak besar lah ni agaknya. Semoga Shahmey akan cepat sembuh dan ceria. Ameen...

Wednesday, May 26, 2010

You make me smile :)


Event 2

(Ummi tengah breastfeed Meyyah)

Ummi, Amey nak susu Ummi!

Tak boleh! Susu untuk Meyyah. Meyyah kecik lagi. Amey dah besar..

Tak! Amey kecik lagi... Meyyah dah besar..

Umur Meyyah 1 year 4 months. Umur Amey 3 years!

Amey 4 months Mi... nak lah susu...

(hehehehe...)



Event 2

(Ummi tengah tidur - baru balik sekolah)

Ummi... buat susu untuk Amey Ummi...

Amey suruh lah bibik.. Ummi pening kepala ni.

Ummi buatkanlah susu untuk Amey. Bibik tu busuk..

Amey, Ummi baru balik sekolah. Ummi pening kepala. Amey tak kesian Ummi ke?

Amey kesian.. tapi buatkanlah susu untuk Amey..

Ummi sakit kepala la Amey. Amey suruh bibik ya. Amey baik kan..

(keluar suruh bibik buat susu dan lepas tu terus baring and tidur sebelah Ummi)

(Bila Ummi dah bangun dan Shahmey dah bangun)

Ummi, buatkan susu Amey..

Okay, nanti Ummi buat ya..

Amey tak pening kepala dah?

(senyum sorang) Tak.. Ummi dah sihat.. :)

(Prihatin juga anak Ummi ni..)



Event 3

(dalam kereta)

Meyyah mana?

Meyyah kat rumah

Amey ni selalu ikut Ummi. Lain kali Ummi dengan Abah keluar bawak Meyyah pulak la. Amey duduk rumah ya.

Hah? Nanti, Ummi Abah keluar, Meyyah ikut, Amey ikut. Okay Ummi... :)

(pandai nya diaaa...)

Thursday, May 20, 2010

Berperangai-perangai

Ucu ni banyak garam! Pelik jugak Ummi, kenapa lah Shahmey kata Ucu banyak garam pulak. Ucu bukannya pengusaha garam, buat ikan masin pun tak. Lama-lama baru lah Ummi faham, Shahmey nak cakap Ucu banyak ragam. Shahmey cakap macam tu sebab orang lain selalu cakap Shahmey macam tu :).


Shahmey memang banyak perangai lately. Makin besar, makin banyak kerenah yang Shahmey buat sampaikan Ummi rasa macam nak cubit-cubit aje Shahmey ni. Tapi Shahmey ni sensitif amat kalau dengan Ummi dan Abah. Kena marah sikit nak menangis, especially kalau Abah yang tegur. Kalau orang lain marah, takde lah pulak.



A few days back, umur Shahmey genap 3 tahun ikut calendar masehi. Pagi-pagi lagi Ummi cakap "Happy Birthday Shahmey!!". Ummi excited sangat. Shahmey tanya, mana? mana? Ummi tahu.. Shahmey ingat bila sebut happy birthday, mesti ada hadiah.. kikikiiiiii... lawak sungguh la..

Ummi balik dari sekolah, bibik beriya-iya minta maaf. Wan pun mulakan cerita yang Shahmey dah bukak hadiah yang Ummi nak bagi pada Hadeed, anak Aunt Norma. Bibik rasa bersalah sebab tak tengok Shahmey. So, Wan macam nak backing bibik sebab takut Ummi marah Bibik. Ummi tahu, niat Wan tu baik tapi sebenarnya Ummi geram jugak dengan Bibik. Dia pergi duduk bawah dan biar je Shahmey kat atas sorang-sorang. Tapi, Ummi tak marah lah Bibik. Dah nak jadi kan. Qada' dan Qadar Allah. Habis 2 bungkus hadiah tu Shahmey bukak. Kotak baju tu pun dibuka dan Shahmey keluarkan baju-baju kat dalam tu and letak baju spiderman Shahmey.


Wan warned Shahmey, "nanti Ummi marah...". Beriya-iya Shahmey bagi tahu,"ini hadiah Shahmey. Ummi yang bagi". Sabor aje anak Ummi ni. Kita sama-sama pergi beli hadiah tu almost 2 weeks back. Shahmey tahu itu bukan hadiah Shahmey dan benda tu dah lama pun duduk kat situ. Alih-alih hari tu, on your birthday, Shahmey buka sebab claim itu hadiah Shahmey. Bila Ummi balik sekolah, Shahmey pergi dekat Wan dan bagi tahu, "Ummi dah balik. Ummi takde pun marah Shahmey.." hahahahha!!!! ye la tu.. Ummi tak tahu cerita lagi, memang lah tak marah. Tapi, dah tahu cerita pun, Ummi senyum aje. Ye la.. Ummi kena lah control macho depan Wan.. hehe :P.


Kalau pijak lantai yang sejuk, Shahmey memang geli. Entah apa yang digelikan pun, Ummi tak tahu. Kat rumah kita, almost semua tempat bercarpet except for dapur and toilet. Mungkin sebab sejuk jadi Shahmey tak suka pijak lantai. Kalau kat rumah sendiri takpelah. Kadang-kadang kat rumah orang Shahmey buat macam tu. Padahal lantai orang tu okay je. Nanti kecik pulak hati tuan rumah, ingat rumah dia kotor. Shahmey... Shahmey...

Monday, April 26, 2010

Almost 3 years tapi still nak berkepit


Bila Wan cerita pasal Abah masa kecik, Ummi mesti teringat Shahmey. Apa taknya, macam mana Abah berebut dengan Ucu nak duduk kat riba Wan masa kecik, macam tu jugaklah Shahmey dan Meyyah. Shahmey sanggup tolak Meyyah dan suruh Ummi bagi Meyyah kat bibik. Kesian Ummi tengok Meyyah. Kadang-kadang, time Meyyah tengah menyusu, Shahmey tolak je kepala dia. Meyyah pun menangislah. Dah itu aje yang dia tahu buat masa sekarang. Ummi rasa, kalau Meyyah pandai karate ke, taekwondo ke, memang lama dah Shahmey kena karate heheh..

Time tido pun macam tu. Shahmey mesti nak berkepit dengan Ummi. Nak tidur atas riba Ummi lah (time Ummi busy depan computer hehehe..) dan nak tidur peluk Ummi sambik 'getek' (pegang ketiak Ummi ish ish..). Kalau kat atas katil, Ummi memang sentiasa kena apit dengan Shahmey dan Meyyah. Malam-malam, orang lain pasang aircond sejuk tapi Ummi panas sebab haba badan Shahmey dan Meyyah banyak :D.

Baru-baru ni masa Wan dan Ucu ikut kita balik Saudi, Shahmey suka sangat usik Ucu. Tak tahu kenapa, Shahmey selalu saja mengacau Ucu, cucuk Ucu lah, tarik hairband Ucu lah dan kadang-kadang pukul Ucu. Nasib baiklah Ucu tu tak ambik hati. Kalau orang lain mungkin dah kena cubit Shahmey ni..

Masa Ucu tidur baru ni, Shahmey jirus air atas katil yang Wan tidur. Tak tahu lah sama ada Shahmey nak jirus atas katil yang Ucu tidur ke apa tapi yang pasti habis basah katil tu. Nasib baiklah cepat kering. Kalau tidak, terpaksalah Wan tidur kat bawah. Shahmey... Shahmey...

Sekarang Ucu dan Wan ada di Makkah. Tak dapatlah Shahmey nak usik Ucu kan. Ummi tengok Shahmey pun macam boring aje... :D.

Since Shahmey dah besar sikit ni, kemana saja Ummi dan Abah pergi, Shahmey akan jadi pengikut tetap. Kalau Abah keluar sorang pun, Shahmey mesti nak ikut. Tapi, kalau Abah pergi mengeteh, Shahmey tak dapat lah Abah bawak. Nanti tak best pulak Abah nak membincangkan masaalah dunia kan hehehee...

Apa yang Ummi tak berapa suka sekarang ialah, Shahmey amat kurang makan nasi. Shahmey banyak minum susu botol tapi bila suruh makan nasi, sangatlah tak banyak. Badan Shahmey dah makin susut. Tulang pun dah nampak kat badan. Dulu, masa kecik, Shahmey sangat comel dan berisi. Sekarang, nampak tulang aje. Ummi nak tengok Shahmey berisi sikit. Ummi harap, selera makan Shahmey meningkatlah balik ya... Ameen..

Hari tu Ummi train Shahmey diaperless. Alhamdulillah, boleh lah jugak menjadi. Sejak balik dari Malaysia, macam dah tak biasa pulak. Sekarang, Shahmey is back with diapers. Aduh.... bila lah Ummi nak train semula ni.. Shahmey cepat jadi bijak dan pandai ya. Senang nanti Ummi nak train balik... :)

Wednesday, December 30, 2009

What te heck!


Terkejut Ummi bila Shahmey sebut "What te heck!". Memula Ummi tak perasan sebab that was your first time sebut the lines. Bila Ummi tanya, Shahmey ulang. Baru lah Ummi teringat yang kakak-kakak Shahmey suka sangat sebut macam tu especially Kakak Sophea. She got it from school okay :). Bad influence sungguh.. Abah yang sangat excited dengar, suka lah pulak suruh Shahmey ulang-ulang sebut cam tu. Apa lagi, Shahmey pun mula lah mengada-ngada. Attention seeker sungguh laaa...

Recently, masa Ummi nak tidurkan Shahmey (lepas dah tak breastfeed nih, Shahmey nak kena Ummi peluk dan nak pegang ketiak Ummi hehee..), Shahmey sebut "Kat nesye (malaysia) ada hantu!". Hah? Apa dia? Shahmey ulang lagi, "Kat Nesye ada hantu! Ummi.. pernah tengok hantu tak?" Nak tergelak Ummi dengar Shahmey cakap cam tu. Again, you got it from your kakak-kakak yang suka sangat lah cakap pasal hantu as if diorang dah jumpa hantu tu. Actually Shahmey tak tahu pun nesye (malaysia) tu kat mana. You don't even know that you were born there. Takpe, nanti dah besar Shahmey will get to know about it.

Ummi noticed, sometimes Shahmey macam jealous sikit dengan Meyyah. Walaupun bukan most of the times, ada masa Shahmey sanggup tonyoh kepala Meyyah semata-mata nak baring atas riba Ummi. Saja je nak baring dan Shahmey suruh hantar Meyyah pada bibik. Kalau Ummi kata, "Shahmey pergi dekat Bibik!", Shahmey cakap "Ummi pergi bibik!" hahaha!!!

Sape wangi?? Soalan favorite Ummi pada Shahmey dan of course lah jawapan yang Ummi nak dengar is, "Ummi wangi!!". Kalau Shahmey marah pada Ummi, Shahmey kata "Ummi busuk!!!" lepas tu mungkin akan nangis (meraung) hehee.. Kalau Abah marah Shahmey, keluar lah "Abah busuk!!" dan Shahmey berlari kat Ummi dan pekap muka kat badan Ummi. Lovely!!! Kalau Shahmey tak nak dengan bibik, Shahmey kata "Bibik busuk! bibik busuk!". Bibik memang selalu busuk pun di mulut Shahmey sebab Shahmey memang tak nak bibik. Tak nak kalau Bibik duduk atas. Kalau bibik nak bawak main kat luar, takde lah busuk tu keluar hehee.. Ayat bodek Shahmey ialah "Ummi wangi, Abah busuk!" atau sebaliknya la. Dependslah pada sape Shahmey nak bodek. Pandainyaaaa!!!!

"Nak taben!". Seriously, sampai sekarang Ummi tak tahu kenapa Shahmey panggil chocolate drink tu taben. Sikit pun takde kaitan. Tapi everytime Shahmey nak minum air coklat tu, Shahmey sebut, "nak taben" dan everyone in the house dah faham. Everyday, rasanya 4 @ 5 kotak Shahmey minum air tu. Pagi sekali, tengahari sekali lagi, petang sekali or 2 kali and malam lagi. Air kotak tu untuk kakak-kakak bawak sekolah sebenarnya tapi sekarang dah jadi untuk Kakak-kakak serta Shahmey. Takpelah Abah... layan je lah. Mungkin sebab Shahmey dah tak menyusu sangat, tu yang Shahmey banyak minum air coklat. Ummi kecik-kecik pun cam tu gak. Ummi minum milo tapi dalam botol hehee..

Inquisitive mind - kalau Shahmey tak tahu tentang apa yang dibualkan, Shahmey tanya "apa tu?". Ada sekali tu, Ummi saja la sebut words yang bukan words macam lalilugedbambam.. Ummi sebut tu pada Shahmey bila geram geram manja dengan Shahmey. Then Shahmey ulang and tanya "gabambam tu apa?" Nak tergelak Ummi kejap. Masa tengah makan pun Shahmey tanya benda yang sama pada Abah. Ummi dah lupa dah apa yang Abah sebut but it was a real word cuma Shahmey je belum faham the word. Baguslah tu. Suka bertanya. Cuma, kalau selalu sangat bertanya, takut Ummi tak larat nak jawab je huhuu...

Shahmey suka mengadu. Kalau kakak buat Shahmey, terus Shahmey datang pada Ummi, "Kakak Sophea buat Shahmey..." dan akan cakap lah apa yang Kakak buat. Macam tu jugak kalau kakak Coan buat.

Satu benda yang Ummi still worry about Shahmey is, you're still on diapers! Ummi harap, cepatlah dapat Ummi toilet train Shahmey so that you can be independent. Soon... InsyaAllah...







Thursday, November 12, 2009

Aik?? control nampakkkk.... ;)

(sambil bukak button abayat Ummi)

Ummi.... tukar abaya lain...!!

(Ummi button balik sebab tak perasan apa Shahmey cakap)

Ummiiii!!! tukar abaya lain...!!

Barulah Ummi perasan yang Shahmey bukak abaya Ummi. Abaya yang Ummi pakai tu tak berapa cantik agaknya. Takde blink blink hehee..

Biarlah Ummi pakai abayat ni. Cantikkan..

Tak cantik! Tukar abaya lain!!!

Memang tak selesai kalau Ummi tak ikutkan. So, since itu tak lah memberatkan Ummi sangat, Ummi pun cabutlah abayat 'hodoh' dimata Shahmey tu dan ambik abayat lain. Bila Ummi ambik abaya lain, barulah Shahmey puas hati. Tersengih aje.

Okay abaya ni? Cantik?

Cantik!!!

Anyway, benda ni cuma terjadi kalau Ummi pakai abaya tu depan Shahmey. Kalau Shahmey kat luar dan tak perasan Ummi pakai abaya, Shahmey tak kisah pun.

Nampaknya, Abah tak control tapi Shahmey pulak yang control Ummi.. Eheeemmm.. jangan besar nanti control pakaian isteri dah lah ya sayang. Kalau control ke arah kebaikan takpe. Kalau ke arab keburukan, never do that okay ;).

Baru-baru ni, Abah belikan Shahmey senapang. Ummi yang suruh sebab kesian tengok Shahmey macam takde mainan (walaupun 3 kotak mainan ada sebenarnya :P). Apa taknya, balik-balik pergi dapur main dengan kuali, senduk dan periuk belanga. Geram Ummi bila tengok senduk duduk dalam bilik, kuali kat muka pintu. Sabar je lah.

Senapang tu ala-ala senapang askar cuma takde peluru je :D. Bunyinya memang lah kuat (guna bateri). Satu hari, entah macam mana, Ummi balik sekolah tengok senapang tu dah patah. Hmmm.. kata bibik, Shahmey yang hentak senapang tu kat meja. Takpelah, Ummi terima saja. Kalau dia tipu, dia lah berdosa kan. Kesian Shahmey... takde lagi senapang. Pistol kontot yang Ummi beli pun Shahmey dah rosakkannya. Nanti mintak baru dengan Abah ya :P.


concentrate tu nak tembak drawer :P




abihlah buaya ni.. dah lah memang dah mati.. lagi kojoi la dia.. :P

Sunday, September 13, 2009

Amey mana pandai mayang agi..


Usia 2 tahun setengah ialah usia anak-anak membesar. Macam tu juga dengan Shahmey. Ketika usia ni lah macam-macam progress yang mencuit hari Ummi dan Abah. Kalau Abah yang buat macam tu, memang takde sape rasa teruja pun. Tapi untuk Shahmey dan InsyaAllah, tak lama lagi adik Meyyah, apa saja yang dibuat memang lah menjadi bualan antara Ummi dan Abah.

Hari ni umu Shahmey dah dekat 2 tahun 4 bulan. Shahmey dah bercakap agak lancar. Kiranya banyak words yang Shahmey utter Ummi boleh faham. Tadi, lepas Ummi sudah solat, Shahmey bentang sejadah kecil. Ummi bagi tahu, Shahmey sembahyanglah. Shahmey kata, "Amey... mana pandai mayang agi..". Nak tergelak Ummi dibuatnya. Then Abah kata, "kalau tak pandai, belajar lah.. jangan jadi macam kakak.. malas sembahyang". Hehee.. pandai je Abah tu kan. Itulah yang Ummi dan Abah selalu harapkan. Shahmey akan menjadi anak yang soleh. Ameen.

Satu benda yang sangat merisaukan Ummi sekarang ialah Shahmey suka masuk toilet dan kunci dari dalam. Masalah besar ialah kunci tu memang bukan jenis boleh tarik. Ianya together with the door. Ummi dan bibik sangat berhati-hati bila tengok Shahmey hilang sebab takut Shahmey masuk toilet. Apa yang Shahmey suka buat ialah bukak water tap di sink dan basuh baju dengan handwash. Habis handwash tu. Ummi tak kisah pasal handwash. Yang Ummi kisah ialah keselematan Shahmey. Puas lah pujuk, baru Shahmey buka pintu. Ummi harap, Shahmey tak buat lah lagi.

Satu lagi sikap Shahmey yang agak menggeramkan Ummi ialah Shahmey pantang ditegur. Kena tegur sikit atau kena marah sikit, jerit Shahmey mengalahkan orang kena dera. Waktu buka puasa especiallynya. Abah pulak sukalah tegur Shahmey sebab Shahmey suka celup tangan sana sini. Bila kena tegur (lebih kurang macam kena marah lah tu), Shahmey meraung dan Ummi lah tempat mengadu nasib. Apa lagi... nak susu!!!! Hai Shahmey....

Tuesday, August 11, 2009

Air pe tu?

Air pe tu? (suara yang sangat sweet)

rasa lah dulu

air pe tu?

rasa la...

air pe tu? (boleh control lagi)

rasa la...

AIR PE TUHHH?? (suara dah tinggi dan keras)

hehee.. air oren la..

air olen?

nak? nah minum..

(minum air.. kenyit mata sebab air tu masam bagi Shahmey)

Ummi naik katil, baring untuk breastfeed adik Sumeyyah. Shahmey ambik alih tempat Ummi di depan laptop. Sambil tekan-tekan keyboard, Shahmey minum air ore (orange juice) Ummi. Amboi.. lepas seteguk, seteguk lagi. Tadi kononnya masam. Sampai tinggal sikit air Ummi.. sabar je lah.. :).






Tak lama lepas tu Ummi tengok insiden tarik lembu. Naik lah suara Ummi bila Kakak Coan buat Shahmey macam tu. Dia sangkut tali kat badan Shahmey then dia tarik. Shahmey pulak elok je merangkak. Bila Ummi marah, Kakak Coan tukar position. Dia pulak kena tarik. Shahmey tarik Kakak Coan. Lepas tu Kakak Sophea pulak kena tarik. Nak marah pun tak jadi. Ummi snap gambar aje lah...

Sunday, August 2, 2009

Duyan!



Kalau Ummi duduk depan computer dan kebetulan ada gambar interesting (dimata Shahmey), Shahmey terus akan duduk atas Ummi. Lepas tu paksa Ummi biar gambar tu lama-lama. Jadi, untuk divert attention Shahmey, Ummi akan cari gambar lain yang mungkin lebih interesting.

Ummi tahu Shahmey suka tengok gambar family. So, Ummi buka blog Ummi yang ada banyak gambar family kita.

(Ummi scroll gambar yang ada muka Kakak Sophea)

"Kakak!"

(gambar Abah, Shahmey dan Ayah Su)

"AySu!"

(gambar Shahmey dengan Pak Lang)

"PaLang!"

(gambar Ummi, Meyyah, Kakak dan Ayah Su)

"Ummi!"

(gambar Ayah Su, SHahmey dan Kakak Sophea)

"AySu!"

(gambar kawan Ayah Su - dari sekolah PDK)

Shahmey diam.. tapi tak lama lepas tu Shahmey sebut apa entah.

Then Ummi scroll gambar Abah pegang durian. Muka Abah tak clear sangat kat situ sebab yang banyaknya gambar durian.

"Duyan!"

hahahaa!!! Ummi ingat Shahmey tak tahu buah berduri tu nama durian. Tahu rupanya... Bila lah kita dapat makan durian lagi kan?? huhuuuuu...

Monday, July 27, 2009

Kongsi dengan adik


Sekarang Shahmey jarang sangat minum formula milk. Ummi tahu the reason why. Since balik Malaysia, Shahmey tidur dengan Ummi. Di Saudi, Shahmey tidur dalam bilik Kakak. Bila dengan Ummi, Shahmey dapat bau Ummi. Nak mintak susu senang. So, tak nak lagi formula milk. Rasanya tak sampai 10 kali kot Shahmey minum formula milk di Malaysia.

Balik Saudi baru ni, baru sekali aje minum. Itu pun tak habis. Dah hampir seminggu Shahmey tak nak susu botol. Bila Ummi tanya, "susu botol nak?", Shahmey jawab "tanak!!!" sambil wave your hand. Beriya-iya Shahmey cakap tak nak. Okaylah. Mungkin susu Ummi masih menjadi rezeki Shahmey. Takpelah kan.

Alhamdulillah, since adik Meyyah dah start makan porridge, takdelah adik kekurangan susu. Selalu terjadi, Meyyah minum susu kiri, Shahmey belah kanan. Of course itu hanya terjadi di bilik Ummi atau di bilik yang takde orang. Malu lah Ummi kalau benda tu terjadi di public hehehh..

Shahmey sekarang dah utter banyak words. Almost every word yang Shahmey dengar, Shahmey ikut. Cuma, the momentum tu tak lah laju sangat. Shahmey sebut sebijik sebijik. Takpelah tu. Something surprised Ummi this morning was, bila Ummi tanya Shahmey, "Abah mana?", Shahmey jawab, "Kerja... emaman!". Ummi cakap, "kerja Kemaman tu Atok lah, bukan Abah!". Rupanya Shahmey ingat the word Kemaman tu ya. Balik baru ni memang Shahmey selalu tanya "Atok mana?", sampai penat Ummi nak cakap yang Atok ada di Kemaman.

Sekarang since Ummi breastfeed 2 kids, Ummi agak busy dan letih. Sekarang ni Ummi berehat sebab both Shahmey and adik Meyyah are sleeping. You guys are so adorable, my darling :).





Sunday, June 14, 2009

Kita serupa?



Shahmey duduk atas riba Ummi in front of the lappy. Ummi buka photoscape - folder Ummi. Ummi open gambar Ummi.

"hah!! Ummi!!!"

Ummi smile. Boleh recognize tu walaupun Ummi rasa pada gambar tu muka Ummi lain sikit dari sekarang. Then Ummi flash gambar Ummi masa umur setahun dan berada dalam dokongan Opah.

"ni tape? haaa.. Ami! (Shahmey)" (sambil tunjuk kat monitor lappy)

Ummi senyum lebih lebar kali ni. Hehehee.. sama ke muka kita nak?


Kelmarin masa duduk sorang-sorang, Ummi terfikir yang Ummi dah banyak tak ingat precious moments Kakak dan Kak Coan semasa umur mereka sebaya Shahmey, especially the baby words yang diorang pernah sebut. Sekarang, Shahmey masih lagi considered baby. Ummi nak tulis all the baby words yang Shahmey sebut sekarang yang nampak sangat cute di telinga Ummi..

Ta-pe -> Siapa
olat -> Solat
mayang -> Sembahyang
O-pi-ya -> Sophea
O-ba-an -> Sobhan
mey-ya -> Sumeyyah
kolah -> Sekolah
kool -> School

tu aje dulu.. ummi lupa dan nak take a nap kejap.. nanti Ummi sambung lagi.. :)



Wednesday, May 27, 2009

Projek mencari chewing gum!


Chewing gum memang lah menjadi favorite Shahmey. Dulu, Ummi takut nak bagi Shahmey chewing gum sebab takut Shahmey telan. Tapi, semenjak Ummi tengok Shahmey buang bila dah rasa tawar, Ummi lega. Mungkin Shahmey heran, kenapalah chewing gum makin tawar dan tak sedap. Tapi, tak habis-habis pulak tu.

Sejak dari tu, Ummi tak kisah untuk bagi chewing gum. Cumanya, tak selalu Ummi beli chewing gum. Kadang-kadang Ummi beli sweets or candy saja. Yang jadi mangsa ialah beg sekolah atau handbag Ummi. Shahmey akan buat 'projek mencari chewing gum'. Pada Shahmey semua benda chewing gum. Candy pun chewing gum. Sweets pun chewing gum. Baru-baru ni saja Ummi ajar Shamey sebut coklat. Nanti Shahmey tahu lah kan nak beza perbezaan masing-masing.

Last week masa Ummi tengah susu adik Chomey, Shahmey masuk bilik dan 'projek' Ummi. Pandai pulak tu belek sana sini untuk cari apa yang Shahmey nak. Oh.. sebelum terlupa, mana ruler Ummi yek? Di kelas semalam, masa Ummi nak guna, puas Ummi cari. Dah kena projek jugak lah tu.. hmmmm..

Kisah projek ni pulak, Ummi teringat untuk snap! snap! Then, Ummi pun capailah camera. Jom kita tengok Shahmey memprojek bag sekolah Ummi.. :)







Sunday, May 17, 2009

Semoga berkat hidupmu Sayang...


Hari ini genap 2 tahun masehi Shahmey bersama-sama Ummi didunia yang fana ini. Ianya adalah 2 tahun yang memberi erti 'penatnya melayan kenakalan anak lelaki' bagi Ummi. Dulu, Ummi ingat Kakak dan Kak Coan dah cukup aktif. Rupanya Shahmey lebih lagi.

Ditangan Shahmey, camera hadiah birthday Ummi tahun errrr.. Ummi lupa hehee.. rosak! Tapi camera tu masih digunakan dengan susah payah untuk keluarkan lensenya ;). Ditangan Shahmey juga, eyeglasses Ummi yang dah lebih 3 tahun Ummi guna patah. Ya.. patah! Bukan setakat tercabut cermin tapi patah dua. Sabar aje lah... Shahmey juga pioneer mencabut button keyboard laptop Abah. Kalau lah keyboard tu menjerit, mesti diorang kata "sakitnya!!!! asyik kena cungkil ajeeeee!!!" heheh..

Namun, Ummi tetap menyayangi Shahmey sepenuh hati. Tiada kurang sedikit pun. Hari demi hari, banyak benda baru yang membuatkan Ummi dan Abah kagum dengan Shahmey. Salah satunya ialah Shahmey dah mula bercakap seawal umur 1 3/4 tahun. Sekarang, Shahmey dah boleh buat ayat 3 perkataan dengan tersekat-sekat.

Shahmey masih breastfeeding. Ya, ramai yang kata, kesian kat adik Sumeyyah. Ummi pun kesian jugak tapi susah betul nak 'putus' susu ni. Tadi, Ummi letak garam. Ingatkan jadilah taktik tu. Tak jadi jugak. Agaknya sedap pulak rasa masin garam tu ya hehee..

Ummi berdoa kepada Allah agar Shahmey menjadi seorang anak yang soleh buat Ummi dan Abah. Semoga Shahmey akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Ummi dan Abah. Ummi juga doakan Shahmey berjaya didalam hidup didunia dan akhirat. Ameen....









Thursday, May 14, 2009

Baju... toilet!



Anak Ummi yang rajin! Bukan nak puji (tapi memang puji pun hehehe..), diusia belum pun 2 tahun, Shahmey sangatlah rajin tolong Ummi. Tapi, bukanlah tolong semua benda tau.

Dalam bilik Ummi, Ummi letakkan kain baju kotor dekat corner of the room. Memang kalau ada kain kotor, situ lah tempatnya. Bila kain baju dah banyak, Ummi angkat kain baju tu, bawak ke toilet untuk dicuci sebab bakul kain nak dicuci ada diluar toilet. Ummi tak perasan sejak bila Shahmey noticed Ummi buat benda ni. Yang Ummi perasan, dah lama Shahmey keep 'hangkut' kain baju kotor tu bawak ke toilet (time rajin laa). Sambil angkat kain baju tu, Shahmey kata,

"Baju.... toilet!"

Ummi pun kata, haa.. ambik bawak semua hehee. Senang kerja Ummi. Kalau Ummi nak mandikan adik Sumeyyah, Ummi mintak Shahmey letak terus baju-baju kotor Sumeyyah ke toilet, Shahmey tak buat pulak. Instead, Shahmey ambik dan letak kat corner of the room tu. Kalau time Shahmey tengah syok main, Shahmey couldn't care less pun nak bawak kain baju tu ke toilet.

Kadang-kadang, time terlebih rajin, baju-baju Sumeyyah yang Shahmey dah sepahkan (keluarkan dari closet) pun Shahmey bawak pergi toilet.. Aduuusshhhh!!!

Saturday, April 25, 2009

Put!!


Itulah word terbaru yang Ummi dengar dari mulut Shahmey. Kalau bukan kakak yang selalu sebut cam tu, siapa lagi kan. Tadi, Shahmey nak minum air Ummi. Ummi ni takut lah air tu tumpah, jadi ambik lah gelas tu and pegang. Tapi, Shahmey cakap, put!! put!! sambil tepuk tepuk meja. Amboiiiii... garang dengan Ummi ya. Ummi tak bagi minum air baru tau haaaa!!! hehehee..

Compared to Kakak and Kak Coan, Shahmey lebih banyak bercakap dan lebih cepat bercakap. Sekarang ni, Shahmey dah pandai buat 2 words sentence. Kadang-kadang, 3 words. Contoh 2 words tu "Baju. Abah". Memang ada stop kat tengah-tengah sebab Shahmey bukan terus sebut baju abah. Rasanya, apa saja orang sebut, Shahmey cepat aje tiru. Yang tak bestnya ialah, Ummi ni jarang speak in English kat rumah. Hopefully Shahmey akan belajar dengan Kakak and Kak Coan lah ya.. hehehh..

Lagi satu Ummi nak tau, kenapa Shahmey takut hantu? Ni mesti pengaruh kakak-kakak Shahmey yang memang takut hantu walaupun tak pernah nampak pun hantu. Kalau masuk bilik Ummi, kadang-kadang Shahmey sebut "Antu!!" sambil tunjuk pada air cond kat dinding. Kelmarin, bola Shahmey tergolek bawah dressing table. Then Shahmey pergi dekat Ummi dan mintak, "ball! ball!" Ummi pusing and nampak bola tu ada kat situ. Then Ummi suruh Shahmey pergi ambik. Shahmey cakap, "Antu!". Ummi pun sakat lah lagi. "Haaaa!!! ambik lah antu!!". Then Shahmey pekap muka pada peha Ummi, macam ketakutan lah tu. Then Ummi cakap, "mana ada hantu...". Tak lama lepas tu, Shahmey pun ambik bola tu. No more hantu okay my dear.

All these while, Shahmey was so very nice towards adik Meyyah. Tapi semalam, Shahmey was harsh. Ada ke patut Shahmey pijak perut adik. Kalau tak disebabkan Shahmey ni kecik, mesti teruk kena dengan Abah. Itu pun memang dah kena marah dengan Ummi. Lepas ni, memang Ummi kena careful bila tengok Shahmey dekat dengan Meyyah. Sangatlah bahaya... Tapi, dalam pada tu, Shahmey still lagi kiss adik Meyyah sampai basahlah muka adik dengan air liur Shahmey tu hehee..

Petang semalam, lagi sekali, kita pergi Masjid Road Ferdos Sector. Kali ni Shahmey naik kudang (sebutan kuda bagi Shahmey). No! No! You weren't alone. Abah lah yang kena bawak. Dah kuda tu dibawak oleh orang lain. Hai Abah... tak reti tunggang kuda ke?? huhuuuu... Surprisingly, Shahmey tak nampak excited pun atas kuda tu. Shahmey diam aje. Ummi pun tak tahu kenapa. Nak kata takut, tak jugak. Mungkin Shahmey pelik, kenapalah binatang ni boleh bergerak pulak. Selama ni kuda kat rumah tu duduk statik aje. Paling tidak pun swing je.. agaknya laaaa.... heheheee.. Besides that, seperti biasa Shahmey main all those colorful stuff for kids. Next week tak tahu lah kakak-kakak nak pergi lagi ke tak ke situ. Kita tungguuuuuuu...












Sunday, April 19, 2009

Again??


Yes! I am a tough boy. I knocked my head many times. I've got bruises on my forehead. Okay.. just because I've a wide forehead, it doesn't mean that you can play a fool with it. I'm the son of my Ummi. Like mother like son hehehehh... I'm a bit naughty. That was claimed by Ummi. Oh well! Ummi was like that too when she was small. I climbed a lot, just like Ummi. Ummi climbed trees. I don't. See! I'm actually not as naughty as Ummi hehee..



Last friday, I cut my eyebrow. Ouch! it hurts mind you. In fact, it really hurt until I screamed and yelled. Ummi was busy with the internet stuff (see! Ummi didn't look after me for 24 hours - many hours was spent with that computer thing uhuksss..). I was jealous. I wanted Ummi's attention. I climbed and sit on her lap. It was still okay then. Ummi held me tight. Then I wanted to get down. I was a bit agitated then. I planned to hop on the bed by bridging the side table. I was clever huh! I am, indeed... that's why I fell down. The stupid (ops!! cannot say stupid ha.. ha..) drawer handle cut my eyebrow. Mean! really mean! I will never friend with the metal handle anymore!!


As a good mother (I know she felt guilty for sitting in front of the computer instead of playing with me), Ummi quickly held me. Blood dropped from the cut. Ummi was so panicked. Hahahaha!!! I like to see Ummi that way. She was so cute when she worried about me. She was so good with me. She left the computer for me. I love it! I love it! Abah also woke up. Oopps!! yes, Abah was sleeping when the thing happened. But, as soon as Ummi shouted "Abang! darah!!", Abah woke up. Everyone was busy inspecting my eyebrow.

Abah applied minyak gamat (yuuckkyy!! funny smell stuff) on my eyebrow. Then he put a plaster on it. Then I stole Ummi from everyone else. I cried for Ummi. Of course, Ummi hugged and kissed me many times asking me to keep quiet. No one in the house likes to hear me crying. I wonder why.



When I stop crying, Ummi asked me to look at myself in the mirror. Yes, I love to stand in front of the mirror, just like my sister, Coan. But, that day, when I looked at the plaster on my eyebrow, I was so sad. I quickly run back to Ummi and closed my eyes. I was so sad. I'm not as handsome as before. Uhuksss...

Sunday, April 12, 2009

Baju!!!


Setahu Ummi, Kakak Coan pernah buat perangai suka tukar baju banyak-banyak kali dalam sehari. Tapi, dia jenis tak kisah baju apa. Yang penting, tukar aje. Lepas tu terjelepuk la baju merata-rata.

Shahmey ni lain dan lebih sikit. Nak tukar baju tu satu hal dan nak baju cantik dan baru satu hal lain. Letih semua orang nak melayan. Pantang nampak baju baru, mesti Shahmey ambik dan suruh pakaikan baju baru tu. Walaupun kita takde nak kemana-mana pun, kalau Shahmey dah kata nak baju, mesti kena dapat. Kalau tidak, Shahmey menangis bagai nak rak. Sakit telinga semua orang.

Hari tu, bibik bagi tahu, dia cuma bercakap pasal baju tu. Agaknya dia suruh kakak simpan baju yang dah basuh tu dalam closet. Bila Shamey dengar aje, terus tengok and ambil baju tu. Shahmey suruh bibik pakaikan. Selagi tak dapat, selagi tu lah Shahmey mengamuk.

Kadang-kadang Ummi bertegas dan tak bagi. Shahmey memang menangis. Tapi Ummi boleh lah sebab Ummi ada umpan lain... heheh.. susu lah! Apa lagi. Kalau orang lain, memang tak terumpan lah...

Hari ni pun sama. Bila Ummi bagi Abah suruh simpan balik baju tu, beriya-iya lah Shahmey nangis. Terfikir Ummi untuk snap moment tu. Besar esok, Shahmey tengok sendiri lah perangai Shahmey masa kecik tu ya... :D.








Wednesday, April 8, 2009

Cheek.. pikpik


Where's your eyes?

(tunjuk mata)

Where's your hair?

(tunjuk rambut)

Where's your ear?

(tunjuk ear. kadang-kadang tunjuk rambut. Confuse kot bunyi ear dengan hair)

Where's your cheek?

(tunjuk pipi)

"Pikpik!"

Everytime Ummi tanya, where's your cheek, mesti tunjuk sambil sebut pikpik (for pipi lah tu). Kenapa yang lain Shahmey tak translate pulak? Belum bejalar yeeee.. heheee..

Kelmarin, tambah lagi - finger, hand, teeth and tongue. So far, nampak Shahmey boleh faham dah. Tapi tak tahulah sampai bila bertahan. Ummi nak communicate in English dengan Shahmey tapi Ummi malas hehee.. Bila nak marah, macam tak best aje marah in English. Macam tak dapat lepas geram aje... hehehh..

Your favorite at the moment - BALL! Everything is ball. Gambar ball kat baju yang kecik pun Shahmey boleh perasan. Nak jadi soccer player ke???

Shahmey dah tahu kalau Ummi dan Abah nak solat. Shahmey akan cakap "Ummi... mayang!" ataupun "Ummi... olat!" ataupun Ummi tu tukar jadi Abah lah kan hehee.. Tapi, masih tak dapat ditolak, Shahmey suka lalu lalang depan Ummi atau Abah. Kalau Abah solat, Shahmey kadang-kadang naik atas belakang Abah lagi. Sabor aje lah. Kalau Ummi tak pulak. Bagus anak Ummi hehee..

Lagi satu, selalu Ummi notice, time Ummi solat (nampak sangat Ummi tak khusyuk hehee), Shahmey akan berlari ambik kain kotor (kat corner bilik) dan bawak ke toilet. Ummi suka apa yang Shahmey buat tu. Yang Ummi geram ialah, Shamey lalu depan Ummi masa Ummi tengah solat. Ada ketika kain tu jatuh depan Ummi ish ish... Kalau nak tunjuk rajin pun, tunggu lah Ummi selesai solat sayang... :)






Friday, April 3, 2009

Tukar!



Lepas baby Sumeyyah lahir, Shahmey kembali active breastfeeding. Memang banyak susu sebab Ummi ada 2 orang nak disusukan. Bila Shahmey minum and dapat banyakkkk susu, Shahmey suka sangat. Pandai demand pulak tu. Dah habis sebelah, mintak sebelah lagi..

"Tukar!!"

Ummi tahu lah Shahmey nak tukar ke susu sebelah. Tapi sekarang ni, tukar tu dah jadi makna lain. Bila nak susu aje, Shahmey sebut, tukar!! Aik!! nampak sangat Shahmey tak faham pun makna tukar tu.. hehehe..

Sekarang juga, Shahmey dah pandai mengadu. Bila kakak-kakak membuli Shahmey, terus saja nangis dan berlari cari Ummi. Then Shahmey mengadu..

"kakak!!! uuwwaaaaa!!!"

Kakak yang mana Ummi tak tahu lah sebab dua-dua Shahmey panggil kakak. Tak kisahlah tu sebab nanti dua-dua kena panggil dengan Ummi. Soal siasat akan dijalankan. Puas lah hati kan bila kakak kena marah. Takpelah Shahmey.. awak kecik lagi. Dah besar esok, awak pulak kena soal siasat kalau baby Sumeyyah nangis.. :D.

Saturday, February 28, 2009

Haaaa....!!







Ummi orang yang sangat excited bila Shahmey mula keluarkan words baru. Semalam, Ummi tegur Shahmey sebab pijak tupperware ice-cream. Memanglah tak mahal tapi sayangkan tupperware tu. Boleh digunakan untuk isi food especially untuk bawak keluar. Tapi Shahmey still pijak tupperware tu sampai lah kemek. Bila Shahmey tengok tupperware tu kemek, Ummi cakap lah,

"haaaaa.. kan dah kemek..."

Then, Shahmey tengok tupperware tu and sambung,

"Uu Uu.. tak taooo.."

comel sangat bunyinya. Banyak kali pulak tu Shahmey sebut. Bila Ummi suruh sebut depan Abah pun, Abah suka dengar. Abah kata, best pulak bila Shahmey sebut. Memang lah best. Then Ummi kata, cuba Abah yang sebut. Tak best langsung bunyinya hehehhh...


Dah banyak words yang Shahmey boleh sebut. Mungkin lebih kepada imitation lah Ummi rasa. Shahmey akan sebut words yang orang lain sebut. Hopefully Shahmey imitate words yang makna elok sajalah ya. Yang tak elok tu, tak pandai sebut pun takpelah kot :).